Kronologi Pembinaan Taman Tema Luar Genting Highland (Skyworlds) 2013 Hingga Feb 2021


Berikut adalah sejarah serba sedikit tentang pembinaan Taman Tema Luar Genting Highland. Penerangan ini adalah dalam bentuk kronologi pembinaan kerana ia masih belum siap.

 

1990an hingga 2013 

- Taman Tema Luar yang lama beroperasi.

 

July 2013 

- Resort World Genting (RWG atau Genting Malaysia Berhad, atau Genting) menandatangai perjanjian dengan 20th Century Fox Studio (juga dikenali dengan nama 21th Century Fox Studio) untuk pembinaan Taman Tema baru yang akan menggunakan banyak Karekter dari filem-filem Blockbuster 20th Century Fox Studios. Jangkamasa siap pada akhir tahun 2016. Nama Taman Tema ini dikenali sebagai 20th Century Fox World.

*20th Century Fox World juga merupakan Taman Tema pertama yang di bawah jenama Fox Studios.


.

 

Sep 2013 

- Taman Tema Luar ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf.


.

Oct 2015 

- Pihak RWG mengumumkan kelewatan penyiapan Taman Tema Luar kerana faktor kelemahan matawang Ringgit. Jangkaan masa siap adalah pada tahun 2017 dan ke atas.

*Disebabkan kelemahan mata wang Ringgit, RWG perlu menambah lebih banyak wang berbanding perancangan asal.


.

2016 

- Proses pembinaan Taman Tema berterusan. Pada masa yang sama, Kerja-kerja menaiktaraf Taman Tema Dalam dilakukan dan Cable Car baru (Awana Skyway) dibuka.


 

2017 

- Proses pembinaan Taman Tema Luar dan Dalam diteruskan. Tiada tanda-tanda akan siap.

.

 

May hingga Oct 2018 

- Syarikat 20th Century Fox Studios dan Walt Disney melaksanakan proses bergabung dan mengubah beberapa polisi mereka.


.

Nov 2018 

- RWG (Genting Malaysia berhad) memfailkan saman kepada syarikat 20th Century Fox Studio & Walt Disney kerana tidak memberikan kerjasama dalam pembinaan Taman Tema Luar seperti yang telah dipersetujui.

*Saman Genting kepada Fox adalah RM 4.2 Bilon sebagai ganti rugi melanggar perjanjian mereka.

.

 

Jan 2019 

- Syarikat Fox (yang juga Disney) memfailkan Saman Balas kepada Genting Malaysia Berhad (juga RWG) berkenaan dengan kerjasama dan penggunaan Harta Intelek dalam pembinaan Taman Tema Luar. Fox menyatakan bahawa Genting gagal menyiapkan Taman Tema dalam tempoh yang ditetapkan walaupun Genting membalaskan dengan alasan tertentu. Perselisihan antara Genting & Fox sebenarnya adalah lebih kompleks dan panjang untuk dibincangkan secara teliti.

.

 

Mac 2019 

- Syarikat Walt Disney secara rasminya mengambil alih 21th Century Fox Studios. 

*Disney memberikan alasan tidak mahu terlibat dengan perniagaan berkaitan dengan Casino (Gambling).


.

Jul 2019 

- Genting Malaysia Berhad akhirnya mencapai persetujuan dengan Fox & Disney berkenaan dengan hal ehwal Harta Intelek yang digunakan di Taman Tema Luar. Namun, nama Taman Tema dan beberapa Karekter yang terlibat perlu diubah berlandaskan kepada persetujuan bersama.

*Nama '20th Cebtury Fox World' tidak boleh digunakan lagi.

*Fox/Disney membenarkan penggunaan beberapa Harta Intelek mereka berdasarkan syarat perjanjian.

.

 

Mac hingga Jun 2020 

- Pandemik Covid-19 melanda menyebabkan kerja-kerja pembinaan Taman Tema tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Ini menyebabkan tarikh siap terpaksa diubah dan ditunda. Tambahan pula, sempadan antarabangsa ditutup maka menyukarkan proses pembinaannya.

.

 

Jun 2020 

- Penjenamaan semual nama Taman Tema Luar kepada nama baru iaitu Genting Skyworlds. Jangkamasa siap dianggarkan pada suku kedua tahun 2021. Dikhabarkan, Genting telah mencapai persetujuan dalam penggunaan nama Karakter dan Tema di pusat ini. Kerja-kerja pembinaan juga giat dijalankan.

.

 

Januari dan Februari 2021 

- Kerajaan Malaysia melaksanakan semula PKP Kedua. 

Adakah tarikh siap Taman Tema Genting Skyworlds akan tertangguh lagi? Bolehkan ia dibuka pada tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3