Hutan Lipur Konifer, Jalan Janda Baik/Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Papan Tanda Hutan Lipur Konifer yang hanya terletak di tepi jalan. |
Hutan lipur yang terletak dalam perjalanan ke Kampung Janda Baik ini ditutup sejak awal tahun 2020. Mungkin ditutup sejak PKP yang pertama sehinggalah sekarang Dis 2020. Lokasi Hutan Lipur ini lebih dekat dengan Kampung Bukit Tinggi tidak jauh dari Simpang Tiga Jalan Lama. Anda akan menempuh lokasi ini dalam perjalan sebelum Tanarimba.
Tinjauan ke Hutan Lipur yang sudah ditutup lebih 6 bulan ini mendapati agak semak juga di dalam dan mungkin beberapa kemudahan akan rosak. Tidak pasti bilakah akan dibuka semula kerana PKP akan dilaksanakan.
Namun, serba sedikit maklumat tentang Hutan Lipur Konifer adalah keindahan pohon-pohon yang tinggi dan suasana yang redup. Kemudahan asas memang terdapat di Hutan Lipur ini walaupun tidak semuanya ada. Kawasan Parking kenderaan mungkin sedikit terhad. Walaupun tidak popular, Hutan Lipur Konifer sebenarnya menarik untuk dikunjungi.
Mungkinkah terdapat Sungai kecil di dalamnya? Lawatan akan dilakukan pada masa akan datang. Lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
Pintu Pagar Hutan Lipur yang masih berkunci. |
.
Keindahan pohon-pohon tinggi di Hutan Lipur ini. |
.
Keadaan di dalam Hutan Lipur yang agak semak kerana sudah lama ditutup. |
.
Kawasan Parking di sini agak kecil sahaja dan terhad. |
Comments
Post a Comment