Pusat Konservasi Penyu, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Pantai Pengkalan Balak, Melaka yang sangat popular.


Pantai Pengkalan Balak masih bersih dan terjaga walaupun semakin ramai pengunjung.


Pengkalan Balak adalah lokasi pelancongan pantai yang memang popular di Alor Gajah, Melaka. Ramai pengunjung terutama dari Kuala Lumpur gemar datang ke sini untuk menikmati pantainya. Terdapat banyak Chalet-Chalet yang berkonsepkan tradisional di sini untuk anda sewa bersama keluarga.

Namun ada satu lagi tarikan baru, terdapat sebuah Pusat (Penerangan) Konservasi kecil di sini yang terletak berdekatan dengan Chalet penginapan yang baru didirikan pada tahun 2016 (bangunan tersebut). Pusat Konservasi Penyu kecil ini mungkin tidak sebesar di Rantau Abang, Terengganu tetapi sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan populasi penyu di sekitar Selat Melaka.


Tapak Konservasi Penyu ini memang sudah lama wujud.


Apa yang terdapat di Pusat Konservasi ini adalah maklumat tentang spesis Penyu yang terdapat di Semenanjung Malaysia khususnya di Selat Melaka. Pusat ini akan mejelaskan tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan populasi Penyu di Selat Melaka.

Jika anda berkunjung ke Pengkalan Balak, rajin2kan lah langkah anda untuk singgah ke pusat ini. Sekian, sila lihat galeri-galeri di bawah.


Pintu Pagar Pusat Konservasi Penyu




Bangunan Pusat Konservasi Penyu yang dibuka kepada orang ramai.


Papan Tanda kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini.


Gambar-gambar lukisan Penyu tempatan.


Pintu masuk ke Galeri Penyu yang wajib anda kunjungi.


Spesis-spesis Penyu yang terdapat di Malaysia



















 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3