Muzium Warisan Lipis, Kuala Lipis, Pahang



Muzium Warisan Lipis terletak di pekan/bandar lama Kuala Lipis, Pahang iaitu di atas Bukit Bius yang kini juga merupakan Taman Rekriasi. Di sekitar Bukit Bius juga terdapat Istana Kuala Lipis dan Rumah Rehat.

Muzium ini dahulu merupakan bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sebelum diubahsuai menjadi Muzium. Siap dibina pada tahun 1920, rumah ini pernah menjadi penginapan kepada Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan & Orang Kenamaan suatu ketika dahulu. Rumah bersejarah ini agak istimewa kerana pernah menjadi kediaman kepada bekas Perdana Menteri kedua dan keenam iaitu Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menginap di rumah ini ketika menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan anak beliau iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dilahirkan di sini.

Muzium ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat berkaitan dengan sejarah Negeri Pahang khususnya Daerah Lipis sejak dari zaman penerokaannya. Antara subjek-subjek pameran adalah:
-Sejarah asal usul Negeri Pahang & Daerah Lipis.
-Pembangunan dan kemajuan Negeri Pahang & Daerah Lipis.
-Institusi Diraja & Orang-Orang Besar Negeri.
-Kegiatan Ekonomi yang penting di Daerah Lipis khususnya Perlombongan Emas.
-Kesenian, Kebudayaan & Adat Tradisional masyarakat sekitar.
-Tokoh Seni, Agama, Politik & lain-lain di Negeri Pahang.
-Lokasi-lokasi Pelancongan menarik yang terdapat di Kuala Lipis.

Muzium ini boleh dianggap bersaiz serderhana kecil tetapi mempunyai dua aras. Maklumat yang dipamerkan di sini adalah padat dan jelas dalam berbagai bentuk. Terdapat Galeri-Galeri, Barangan Antik, Model Bangunan, Peralatan, Bahan Bacaan dan sebagainya untuk dijadikan rujukan maklumat kepada pengunjung.

Kemudahan asas yang terhad disediakan di Muzium ini seperti Tempat Parking Kenderaan, Tandas, Surau dan Pondok Rehat. Namun begitu, kemudahan-kemudahan besar yang lain seperti Dewan & Kantin tidak disediakan kerana Muzium ini tidak begitu luas.

Kuala Lipis adalah daerah yang lebih terkenal dengan keindahan alam semulajadinya berbanding peninggalan sejarah. Muzium ini mungkin kurang dikunjungi oleh orang ramai kerana lokasinya agak terpencil di atas Bukit Bius dan tidak diketahui ramai orang. Bayaran RM1 akan dikenakan kepada setiap Pengunjung dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Sekiranya anda berkelapangan dan melalui pekan Kuala Lipis, bolehlah singgah ke Muzium ini tetapi pastikan mengikut waktu operasi muzium.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

Papan Tanda Muzium Warisan Lipis.
.


Bangunan ini merupakan bekas rumah SUK Pahang satu ketika dahulu.
.


Waktu Operasi dan harga bayaran masuk
.


Sedikit maklumat sejarah.
.


.

 


 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang