Posts

Showing posts from April, 2020

Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Dari Stesen KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang (Part 3)

Image
Laluan KTMB Kuala Lipis ke Gua Musang. Stesen2 besar yang akan ditempuhi adalah Stesen KTMB Kuala Lipis, Merapoh dan Gua Musang. Stesen Merapoh adalah asalnya stesen kecil yang kini Ekspress Timuran akan singgah berhenti.  Stesen2 kecil yang akan dilalui termasuklah Padang Tungku dan Cegar Perah. Stesen2 pondok adalah Bukit Betong, Kampung Berkam, Aur Gading, Sungai Temau, Telok Gunung dan Mentara Baru. KUALA LIPIS – Padang Tungku – Bukit Betong – Kampung Berkam – Aur Gading - Cegar Perah – Sungai Temau – Telok Gunung - MERAPOH – Mentara Baru - GUA MUSANG. STESEN KTMB KUALA LIPIS.   Stesen KTMB Padang Tungku. Ini bukanlah Stesen sebenar Padang Tungku kerana ini hanyalah sementara sahaja. Stesen baru masih belum dibuka walaupun kelihatan hampir siap pada January 2020. Bangunan lama stesen kecil masih lagi kelihatan di sebelah stesen baru. Stesen Pondok Bukit Betong. Terdapat stesen kecil di sini tetapi ia tida

Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Keretapi Shuttle Henti2 Dan Laluan (Part 2)

Image
Pengenalan Penjelajahan KTMB Sektor Timur Tren Shuttle Henti2 Tren Shuttle henti2 pada waktu siang akan digunakan dalam penjelajahan ini kerana ia   berhenti di semua stesen. Jika Ekspress Timuran digunakan, hanya stesen besar sahaja akan dilalui tambahan pula Ekspress Timuran bergerak pada waktu malam. Pengembaraan harus dilakukan pada waktu siang sahaja dan mestilah berhenti di semua stesen. Pada ketika ini (Jan 2020), masih terdapat Shuttle Kuala Lipis ke Tumpat (ulang alik) yang beroperasi diiukuti sebuah lagi Shuttle Tumpat ke Dabong (ulang alik). Oleh itu, Shuttle Kuala Lipis ke Tumpat akan dipilih. Koc2 jenis lama yang pernah digunakan dahulu (10 tahun dahulu) yang tidak menggunakan penghawa dingin (hanya gunakan tingkap dan kipas) sudah tidak lagi kelihatan. Tren Shuttle sekarang sudah dinaiktaraf, dan semua gerabak/koc yang digunakan adalah seperti Koc Ekspress (Timuran & Wau) usang yang digunakan semula walaupun terdapat sedikit kerosakan minima. Koc