Kawasan R&R Genting Sempah, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang


Hentian R&R Genting Sempah


Merupakan antara R&R yang terletak di kawasan sederhana tinggi iaitu melebihi 600 meter. Ini menyebabkan suhu di sini akan berkurangan hampir 5 darjah berbanding kawasan biasa. R&R Genting Sempah merupakan R&R paling popular di lebuhraya karak (Bentong – KL) dan merupakan juga laluan untuk ke Genting Highland dan Janda Baik. R&R ini diuruskan oleh pihak Lebuhraya Pantai Timur. Apa yang menarik di R&R ini adalah cuaca yang sejuk pada waktu pagi dan malam serta dikelilingi kehijauan hutan.

Merupakan salah satu R&R bertingkat2 dan mempunyai parking bawah yang menyebabkan ia lebih tersusun dan menarik. Akses R&R ini juga adalah untuk daripada kedua2 arah Utara dan Selatan. Bergandung kepada lokasi anda, R&R Genting Sempah menjadi lokasi persinggahan sebelum anda mahu ke Genting Highland, Janda Baik, Bukit Tinggi, Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan dan Utara.

Sejarah R&R Genting Sempah sudah lama iaitu sejak Lebuhraya Karak selorong dibina pada akhir tahun 1970an, pembinaan dua lorong pada tahun 90 an dan sehingga kini. R&R Genting Sempah telah beberapa kali dinaiktaraf dan dibesarkan atau dimodenkan binaannya. Selain itu, R&R Genting Sempah juga berkaitrapat dengan pembinaan lokasi pelancongan Genting Highland pada akhir tahun 70an dahulu.

Suasana R&R pada waktu malam yang sentiasa meriah.


Parking belah bawah yang wujud di R&R ini menyebabkan ia lebih selesa dan tidak terlalu sesak pada waktu puncak. Merupakan satu idea parking yang bagus.


Terdapat restoran Mcdonald di sini.


Medan selera di R&R Genting Sempah juga bertingkat2 kerana kawasan berbukit.





Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka