Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Keretapi Shuttle Henti2 Dan Laluan (Part 2)


Pengenalan Penjelajahan KTMB Sektor Timur

Tren Shuttle Henti2

Tren Shuttle henti2 pada waktu siang akan digunakan dalam penjelajahan ini kerana ia  berhenti di semua stesen. Jika Ekspress Timuran digunakan, hanya stesen besar sahaja akan dilalui tambahan pula Ekspress Timuran bergerak pada waktu malam. Pengembaraan harus dilakukan pada waktu siang sahaja dan mestilah berhenti di semua stesen. Pada ketika ini (Jan 2020), masih terdapat Shuttle Kuala Lipis ke Tumpat (ulang alik) yang beroperasi diiukuti sebuah lagi Shuttle Tumpat ke Dabong (ulang alik). Oleh itu, Shuttle Kuala Lipis ke Tumpat akan dipilih.

Koc2 jenis lama yang pernah digunakan dahulu (10 tahun dahulu) yang tidak menggunakan penghawa dingin (hanya gunakan tingkap dan kipas) sudah tidak lagi kelihatan. Tren Shuttle sekarang sudah dinaiktaraf, dan semua gerabak/koc yang digunakan adalah seperti Koc Ekspress (Timuran & Wau) usang yang digunakan semula walaupun terdapat sedikit kerosakan minima. Koc2 ini masih selesa dan Boleh digunakan walaupun terdapat kerosakan kecil pada pintu, TV dan kemudahan2 lain yang dicabut. Kemudahan Tandas pula Berada pada tahap yang Baik.

Terdapat kemudahan koc Kantin yang selesa dan menyediakan minuman dan makanan segera, minuman panas, roti2 dan snek. Tetapi masakan panas seperti yang pernah wujud di Ekspress Wau dahulu tidak disediakan kerana ia mungkin perlukan krew pakar masak. Kemudahan Surau tidak dijumpai atau mungkin tidak disediakan. Lihat Galeri2 di bawah:





Keadaan Koc di Tren Shuttle sangat selesa walaupun koc ini mungkin pernah digunakan di Tren Ekspress sebelum ini.


 

 

Tempat meletak barang dan buang sampah yang langsung jarang digunakan.




Laluan melintas dari koc ke koc yang berbunyi bising apabila tren bergerak. Penumpang harus berhati2 melaluinya.




Pintu yang dahulu automatik sekarang sudah manual tapi itu bukan masalah.




Keadaan Toilet Koc juga masih baik.




Jamban cangkung




Keadaan Toilet sebenarnya adalah tanggungjawab pengguna juga.




Laluan selorong di dapur koc kantin.




Suasana di kantin yang kadangkala sesak dan kadangkala lengang. Bergantung kepada lokasi stesen dan tempat.




Snek2 dan makanan segera yang terdapat di kantin untuk alas perut. Terdapat juga makanan berat yang siap dibungkus.





Jadual Perjalanan. 

Berdasarkan jadual, operasi Shuttle Kuala Lipis – Tumpat bermula pada waktu awal pagi dan berakhir pada tengahari. Sila lihat jadual di bawah, bergantung kepada kesuaian anda hendak bermula atau berakhir dari mana. Jika anda mahu mengemBara pada waktu malam tiada masalah atau jika mahu melakukannya sedikit demi sedikit juga tiada masalah. Ekspress TImuran juga Boleh digunakan jika anda hanya mahu melihat secara umum sahaja.

Namun adalah dicadangkan Tren Shuttle Kuala Lipis ke Tumpat digunakan dalam dua arah kerana perjalanan bermula pada waktu awal pagi. Bermaksud, perjalanan perlu dilakukan dua kali ulang alik bergantung kepada kemahuan  & kelapangan anda.

Jadual Tren Sektor Timur sejak Jun 2019. Ambil maklum bahawa jadual ini akan berubah dari  masa ke semasa.





Tambang Pengangkutan

Tidak seperti tambang Ekspress Timuran yang sedikit mahal, Tren Shuttle mengenakan Tambang yang jauh lebih murah. Ianya lebih kurang separuh daripada tambang Ekspress Timuran contohnya jika anda dari Tumpat ke Kuala Lipis, hanya RM13 dikenakan sedangkan Ekspress Timuran mungkin mengenakan harga RM 25. Harga yang tepat tidak dapat dinyatakan di sini kerana harga tambang akan berubah dari semasa ke semasa.

Jangan  risau kerana tambang Tren Shuttle tidak mahal pun malah harga makanan Kantin di Tren Shuttle juga tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi. Beli sahaja tiket di kaunter stesen berdekatan. Malah, anda juga boleh membeli tiket terus dari Konduktor dalam tren seperti naik bas. Itulah yang dilakukan oleh penumpang yang naik dari Stesen Pondok yang tidak mempunyai kaunter tiket.





Laluan Perjalanan

KUALA LIPIS – Padang Tungku – Bukit Betong – Kampung Berkam – Aur Gading - Cegar Perah – Sungai Temau – Telok Gunung - MERAPOH – Mentara Baru - GUA MUSANG – Pan Malayan – Sungai Koyan – Kampung SIrian – Sungai Sirian – Limau Kasturi - BERTAM BARU - Bertam (lama) – Jerek Baru – Sungai Tasin – Sri Bintang – Sri Mahligai – Sri Jaya - Kemubu - DABONG – Kuala Gris - Bukit Abu – Kampung Baharu Bukit Abu – Ulu Temiang – Kampung Baharu Sungai Mengkuang - Manek Urai – Pahi - KUALA KRAI – Sungai Nal - Temangan - TANAH MERAH – Bukit Panau – Sungai Keladi – Tok Uban – Chica TInggi - PASIR MAS – Bunut Susu - WAKAF BHARU – Kampung Kok Pasir - TUMPAT


Jika dilihat dari Jadual, anda dapat melihat stesen2 yang akan ditempuhi. Peta di Bawah dieberikan untuk anda melihat kesesuainan perjalanan dan kawasan rehat. Untuk memudahkan lagi pengembaraan, laluan akan dibahagi kepada empat bahagian iaitu:

- Kuala Lipis ke Gua Musang
- Gua Musang ke Dabong
- Dabong ke Tanah Merah
- Tanah Merah ke Tumpat

Peta Kuala Lipis ke Gua Musang



Peta Gua Musang ke Tanah Merah.



Peta Tanah Merah ke Tumpat


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3