Stesen KTMB Baru Gemas, Negeri Sembilan





Stesen KTMB Baru Gemas, Negeri Sembilan.

Terletak di sebelah stesen lama, stesen KTMB Gemas satu ketika dahulu adalah stesen yang sibuk dan sangat popular. Pada zaman kegemilangan pengangkutan keretapi iaitu tahun 80an dan ke bawah, stesen KTMB Gemas adalah seperti stesen besar yang sentiasa dipenuhi dengan penumpang seperti mana stesen Kuala Lumpur, Butterworth dan Singapura.

Sekarang stesen baru Gemas yang moden ini sangat besar tetapi penumpang keretapi sangat sedikit sehingga kedai makan di stesen ini pun sudah tutup. Rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan keretapi tambahan pula Ekspress Wau dan Espress Kenali yang dahulu terkenal sudah tiada lagi. Hanya Ekspress Timuran yang masih wujud untuk laluan Johor Bahru ke Tumpat, tetapi kos perjalanan dari KL ke Gemas dan ke Tumpat lebih mahal.

Mungkin apabila pembinaan landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru siap, stesen ini akan meriah semula? Ataupun mungkin juga laluan KTMB sektor Timur akan semakin suram sekiranya projek ECRL dan Keretapi Laju KL Singapura siap nanti?



Pelancongan Homestay di Gemas



Gambar lukisan yang cantik di pintu hadapan stesen tetapi tren yang dilukis tidak membawa koc janakuasa elektrik. Penumpang akan bergelap.



Stesen KTMB Gemas yang sunyi sepi dan seperti tidak berpenghuni.



Susana pemandangan platform kiri di stesen Gemas yang sunyi.





Kelihatan sebuah tren yang membawa barang (batu) sedang lalu. Tren kargo sangat2 jarang digunakan pada masa kini.







Tren Ekspress Gemas - Johor Bahru Dan Tren ETS Gemas - Kuala Lumpur.

Stesen KTMB Gemas menjadi penghubung antara laluan keretapi sektor Barat, Timur dan Selatan. Begitu juga penghubung antara tren elektrik dan tren berkuasa diesel. Penumpang dari Timur iaitu Kelantan (Ekspress Timuran) akan berhenti di stesen ini untuk menaiki tren ETS ke Kuala Lumpur. Sementara penumpang dari Johor (Ekspress JB - Gemas) juga akan berhenti di stesen ini untuk melakukan perkara sama. Begitu juga sebaliknya jika mereka dari Kuala Lumpur akan transit di sini.

Setakat Januari 2020, cuma terdapat sebuah tren berkuasa diesel akan teruskan perjalanan ke stesen KTMB Tampin. Hanya di stesen Tampin sahaja KTM Komuter akan bermula dan tiada perkhidmatan Komuter di Stesen KTMB Gemas & KTM Batang Melaka. Hanya ETS/Tren Diesel Sahaja yang wujud.


Tren Ekspress JB - Gemas yang baru tiba dari JB menurunkan penumpang. Tren ini akan membawa semula penumpang dan akan berpatah balik ke JB hampir sejam lagi.







Lokomotif dialihkan ke belakang untuk tren berpatah balik nanti. Situasi yang biasa dilakukan di stesen hentian hujung untuk keretapi berkuasa diesel ini.


Tren ETS sedang berhenti menunggu penumpang yang akan naik dari Gemas dan Tren Ekpress JB - Gemas atau Ekspress Timuran


Beberapa penumpang menaiki Tren ETS ini yang akan menuju ke KL, Butterworth dan Padang Besar.


Projek Landasan Berkembar Gemas Johor Bahru sedang giat dijalankan.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3