Posts

Showing posts from May, 2020

Kawasan Rekriasi Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang

Image
Hentian Rekriasi Sungai Yu, Kampung Sungai Yu, Jalan Kuala Lipis - Gua Musang, Pahang Pengenalan. Mungkin bukanlah sebuah Kawasan Rekriasi yang popular, tetapi suatu ketika dahulu ianya pernah menjadi persinggahan pengunjung terutama pada musim perayaan. Terletak di tepi jalan antara Kuala Lipis ke Gua Musang, Kawasan Rekriasi Sungai Yu kini sudah semakin sunyi sepi dan tidak lagi menjadi pilihan pengunjung. Kunjungan pada Jan 2020 yang lalu melihatkan kawasan ini sudah tidak lagi dijaga dan ditinggalkan. Mungkin sejak terbinanya jalan baru (Highway) dari Kuala Lipis ke Merapoh (sejak 2013), populariti Kawasan Rekriasi ini semakin suram kerana tidak ramai pengunjung akan memilih untuk singgah berhenti seperti dahulu. Walaupun masih terdapat simpang khas untuk ke sini, pemandu kelihatan lebih gemar meneruskan perjalanan kerana mungkin agak leceh untuk masuk ke sini.  Sebelum jalan baru di bina, laluan jalan lama (Merapoh - Kecau atau dikenali juga laluan Bukit Tujuh) adalah la

Menjelajah Keretapi Sektor Timur - Dari Stesen KTMB Tanah Merah ke Tumpat (Part 6)

Image
Laluan KTMB Tanah Merah Ke Tumpat. Pengembaraan ini seterusnya disambung dari Stesen KTMB Tanah Merah ke Stesen KTMB Tumpat kerana terlalu banyak stesen2 kecil yang akan kita tempuhi dan memang memenatkan. Stesen2 besar yang akan ditempuhi adalah Stesen KTMB Tanah Merah, Stesen KTMB Pasir Mas, Stesen KTMB Wakaf Bahru dan Stesen KTMB Tumpat. Stesen2 kecil tiada kerana semua adalah stesen2 besar dan pondok. Stesen pondok adalah Sungai Keladi, Tok Uban, Chica Tinggi, Bunut Susu, dan Kampung Kok Pasir. TANAH MERAH – Bukit Panau – Sungai Keladi – Tok Uban – Chica Tinggi - PASIR MAS – Bunut Susu - WAKAF BHARU – Kampung Kok Pasir - TUMPAT Stesen KTMB TANAH MERAH Stesen Pondok Bukit Panau Mungkinkah Stesen ini pernah meriah suatu ketika dahulu? Stesen Pondok Sungai Keladi Stesen Pondok To' Uban Stesen Pondok Chica Tinggi Melalui Kawasan Jelapang Padi Laluan KTMB Ke Rantau Panjang/Sungai Golok