Gunung Kinabalu Corner (Timpohan Gate & Laban Rata & Puncak Kinabalu)


Salah satu pemandangan di puncak Gunung Kinabalu.

Pengembaraan mendaki Gunung Kinabalu melalui Taman Kinabalu (Kinabalu Park) dan menempuhi Laban Rata selama dua hari satu malam. 


Anda akan memulakan pendakian dari Taman Kinabalu dan berhenti di Laban Rata. Kemudian anda akan bermalam di Laban Rata selama semalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi esok. Ini adalah pendakian paling popular yang biasa dilakukan oleh pelancong tempatan atau asing.

Sila lihat ketiga-tiga Post di bawah ini untuk memahami peceritaan dengan lebih lanjut:







Kelihatan batu seperti Kepala Monyet dalam perjalanan ke puncak.


Soalan-soalan popular:

1. Dimanakah terletaknya Gunung Kinabalu?
Semestinya Gunung Kinabalu terletak di negeri Sabah, Malaysia. Banjaran Crocker adalah kawasan pergunungan dimana terletaknya puncak gunung dan Taman Kinabalu. Ia merangkumi beberapa buah Daerah seperti Ranau dan Beufort.

2. Bagaimana Nak Mendaki Gunung Kinabalu?
Lokasi permulaan mendaki Gunung ini adalah melalui Taman Kinabalu (Kinabalu Park) yang terletak di Ranau, Sabah. Jaraknya hanya kira-kira 65KM dari bandar Kota Kinabalu. Lokasi ini dikenali juga dengan nama Timpohan Gate. Timpohan Gate terletak kira-kira 3.5KM dari Taman Kinabalu dimana anda perlu menaiki Buggy/Bas Kecil untuk ke sini.
*Terdapat beberapa lagi lokasi untuk mendaki Gunung Kinabalu seperti via Ferrata.

3. Berapakah masa yang diperlukan untuk mendaki?
Kebiasaannya, pendakian dari Timpohan (Taman Kinabalu) mengambil masa dua hari satu malam. Pendaki mula mendaki pada waktu pagi dan tiba di Laban Rata (Rumah Rehat) sebelum matahari terbenam. Pendaki akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian pada awal pagi esoknya.

4. Berapakah Kos Mendaki Gunung Kinabalu?
Kos mendaki gunung adalah berdasarkan ketentuan pihak penganjur yang membawa anda mendaki dan jenis pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya, bayaran antara RM500 ke RM700 dikenakan kepada setiap pendaki. Jika anda orang Sabah, diskaun akan diberikan. 
*Kos pendakian mungkin akan berubah mengikut waktu dan keadaan. *Tidak termasuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan tiket penerbangan.

5. Bagaimana dengan penginapan dan makanan?
Kos yang anda bayar tadi biasanya akan merangkumi makanan dan minuman di Rumah Rehat Laban Rata serta penginapan untuk dua hari satu malam di sana. Ada juga yang merangkumi Sarapan & Makan Tengahari di Restoran yang terletak di Taman Kinabalu. *Anda perlu tanya penganjur untuk maklumat lanjut tentang pakej makanan.
Anda masih perlu membawa Air Minuman (Botol dan lain-lain) dan makanan segara/ringan untuk dimakan semasa pendakian. 

6. Apakah peralatan yang diperlukan untuk mendaki Gunung Kinabalu?
Tidak sama seperti pendakian Gunung-Gunung lain di Semenanjung, Kinabalu memerlukan anda membawa beberapa peralatan tambahan seperti:
-Baju Sejuk (Wind Breaker).
-Sarung Tangan Kalis Air
-Head Lamp (Lampu Pandu) yang baik.
-Stokin Tebal

*Kebiasaannya, untuk pakej pelancongan dua hari satu malam, tiada aktiviti perkhemahan dilakukan. Oleh itu, anda tidak perlu membawa Dapur Gas atau Kuali untuk memasak. Anda juga tidak perlu membawa Khemah dan Sleeping Bag.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang