Posts

Showing posts from November, 2020

Mengembara Menaiki Rumah Bot Di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu

Image
  Mengembara dan memancing di rumah bot semestinya mejadi kegemaran kepada kaki pancing pada masa2 cuti panjang. Tasik Kenyir adalah tasik buatan yang luas di mana anda berpeluang untuk mengembara ke banyak lokasi lubuk2 memancing yang menarik. Anda akan mendapat masa tersendiri untuk memancing tanpa gangguan dari kesibukan kota atau bunyi bising jentera2 dan kenderaan2. Terdapat beberapa pintu masukke tasik ini dan dua antaranya ialah di Pengkalan Gawi atau di empangan hidroelektrik Jenagor di Hulu Terengganu.Mungkin terdapat laluan lain tetapi dua ini yang paling popular.Kami berpeluang untuk mengembara menaiki rumah bot melalui Empangan Jenagor. Lihat gambar2 di bawah: Terdapat banyak lokasi2 menarik di sepanjang Tasik Kenyir antaranya adalah pulau2, Gua, hutan lipur dan air terjun. Terdapat hutan lipur yang hanya boleh diakses dengan bot sahaja dan tiada kemudahan jalan raya. Kami berkesempatan melawat ke Air Terjun Sungai Lasir. Tasik Kenyir adalah luas sehingga anda tidak mugkin

Stesen Keretapi (KTMB) Bersejarah Tanjung Pagar, Singapura

Image
  Malaysia suatu ketika mempunyai pajakan tanah keretapi (KTMB) di Singapura sehingga menghampiri ke selatan Singapura iaitu Tanjung Pagar (atau dikenali dengan Stesen Singapura). Benar, Tanjung Pagar adalah perhentian keretapi terakhir di semenanjung Malaysia selepas stesen Woodlands. Tetapi sejak Julai 2011, stesen ini telah dihentikan operasi sehingga ke Woodland sahaja. Apa yang menarik tantang stesen ini suatu ketika dahulu ia merupakan destinasi terakhir keretapi di benua Asia!!. Ramai rakyat Malaysia gemar menggunakan keretapi untuk melancong ke Singapura terutama sebelum tahun 2010, begitu juga dengan rakyat Singapura. Malah, terdapat perjalanan keretapi dari Singapura ke Bangkok suatu ketika dahulu. Tetapi dengan kemajuan lebuh raya dan industri penerbangan semenjak tahun 2010, penggunaan keretapi semakin suram. Tambahan pula sistem keretapi KTMB masih menggunakan kaedah lama yang mungkin tidak lagi relevan.    Gambar2 di bawah menerangkan tentang keindahan stesen keretapi Tan