Posts

Showing posts from 2022

Bukit Chin Chin, Genting Highland, Sempadan Pahang/Selangor.

Image
Papan Tanda di Pagar Masuk ke Bukit Chin Chin. . Nama Bukit Chin Chin mungkin ada banyak lokasinya di Malaysia. Tetapi Bukit Chin Chin di sini adalah terletak di Genting Highland, Pahang. Lebih tepat lagi lokasinya di sempadan daerah Bentong, Pahang dan Selangor. Bukit Chin Chin sebenarnya adalah Kawasan Larangan dan tidak dibenarkan masuk kepada orang awam. Namun ada kalanya pada waktu-waktu tertentu orang awam dibenarkan masuk sekejap untuk beriadah. Lokasi ini mudah di akses dari Genting Highland dan terletak berdekatan dengan Hostel pekerja. Pagar masuk ke Bukit Chin Chin. . Jalan permulaan menuju ke Bukit Chin Chin. . Perjalanan dari pagar masuk (Gate) hingga ke hujung melebihi 1 KM. . Apakah yang terdapat di Bukit Chin Chin? Bukit Chin Chin agak luas kawasannya dimana jarak (jalan raya) dari pintu pagar masuk hingga ke hujung iaitu Stesen Radar adalah melebihi 1 KM. Sepanjang laluan, terdapat menara pemancar Telekom, Maxis, pemancar Television dan beberapa lagi. Hujung sekali sem

Tempat-Tempat Menarik Di Melaka

Daerah Alor Gajah: -Dutch Ford (Fort Supai), Kg. Kuala Linggi, Kuala Linggi (14KM dari pekan Kuala Sungai Baharu) -Kompleks Ikan Bakar Terapung, Kg. Kuala Linggi, Kuala Linggi (14KM dari pekan Kuala Sungai Baharu) -Pantai Kuala Linggi, Kg. Kuala Linggi (12KM dari pekan Kuala Sungai Baharu) -Medan Ikan Bakar PNKMB Kuala Sungai Baharu -Pantai Teluk Gong, Kg. Teluk Gong, Jalan Teluk Gong-Pengkalan Balak, Masjid Tanah (11KM dari pekan Masjid Tanah) -Cerana Putih Hot Spring, Kg. Cerana Putih, Naning (18KM dari pekan Alor Gajah & 12KM dari pekan Tampin) -Makam Datuk Dol Said, Naning (13KM dari pekan Alor Gajah) -Muzium Warisan Naning, Jalan Datuk Naning, Alor Gajah (11KM dari pekan Alor Gajah) -A'Famosa Resort Wet Worlds, Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah =A'Famosa Golf Resort, A'Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah -Batu Megalitik (Tapak Megalith Tanjung Rimau Dalam, Kg. Tanjung Rimau Dalam & Megalith Makan Datuk Megat Alam Melintang, Alam Melintang

Sejarah Pulau Bidong Di Perairan Terengganu

Image
Pengenalan. Terletak berdekatan dengan Pekan Merang di sebelah darat, dan tidak jauh dari Pulau Redang, Terengganu. Pulau Bidong telah menyimpan seribu satu sejarah yang ramai tidak ketahui. Tidak lama dahulu Pulau Bidong telah menempatkan begitu ramai pelarian Vietnam & Kemboja ketika di zaman perang Vietnam pada akhir tahun 1970 an. Peta lokasi Pulau Bidong. . . Jeti ke Pulau Bidong yang sunyi. . Keindahan pantai di Pulau bidong yang sepi . Keindahan pantai pulau ini dari atas bukit kecil. . . Kelihatan perkampungan & rumah tinggal berdekatan pantai . . Sejarah Pada Ogos 1978, kerajaan Malaysia dan UNHCR telah menjadikan pulau ini sebagai tapak peralihan pelarian perang dengan 121 pelarian pertama yang datang. Mereka lari daripada pemerintahan puak komunis di Vietnam. Dikatakan pada satu ketika, hampir 100 ribu pelarian telah menetap di sini dan mewujudkan satu komuniti yang besar di pulau ini. Termasuk juga pelarian Kemboja

Keretapi Mel Kuala Lumpur-Seremban-Gemas Yang Tinggal Kenangan.

Keretapi Mel merupakan istilah klasik bagi keretapi henti-henti yang lalu pada suatu ketika dahulu dan berhenti di semua stesen kecil atau besar. Sekarang, Tren henti-henti lebih dikenali sabagai Shuttle seperti di Kelantan, Pahang & Johor. Istilah Keretapi Mel digunakan meluas sebelum tahun 2000 dan masih digunakan lagi sehingga tahun 2010 sebelum istilah moden 'Shuttle' mula mengambilalih nama bagi keretapi henti-henti ini. Bermaksud, Keretapi Mel adalah keretapi bersejarah yang wujud terdahulu terutamanya sebelum tahun 2005. Terdapat banyak laluan dan jenis Keretapi Mel yang wujud dahulu dan sentiasa berubah-ubah laluannya mengikut keperluan penumpang dan perubahan zaman. Kita mengetahui bahawa pembinaan landasan berkembar dan pengenalan KTM Komuter telah menyebabkan perkhidmatan Keretapi Mel dihentikan. Namun begitu, antara yang popular pada era awal 90an dahulu adalah: -Keretapi Mel Kuala Lumpur-Butterworth. -Keretapi Mel Padang Besar-Butterworth. -Keretapi Mel Kuala L

Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Selangor (Mengikut Daerah)

Image
  Selangor adalah negeri yang sangat penting kerana di sinilah juga terletaknya Ibu Negeri Kuala Lumpur dan Putrajaya. Walaupun merupakan negeri yang paling tinggi bilangan penduduknya, namun hanya kawasan lembah klang sahaja pendduduk tersebut bertumpu iaitu di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Gombak dan Putrajaya. Daerah-Daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor tidaklah begitu padat. Keadaan ini membolehkan negeri ini mempunyai kombinasi kawasan menarik di bandaran mahupun di kawasan alam semulajadi. Daerah-Daerah di Selangor:   1. Daerah Hulu Langat & Hulu Klang (Bandar : Kajang & Pekan : Hulu Langat) -Mines Wonderland, Mines Wellness City, Seri Kembangan  (Kategori : TAMAN TEMA & MEMBELI BELAH)   -Bukit Broga (400m), Jalan Broga, Broga (Lenggeng)/ 10KM dari pekan Semenyih  (Kategori : SUKAN LASAK)   -Air Terjun Sungai Congkak & Resort, Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang (16KM dari pekan Hulu Langat) (Kateg

Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Johor (Mengikut Daerah)

Image
  Negeri Johor terletak di Selatan Semenanjung Malaysia adalah negeri yang kawasan sempadan kebanyakannya adalah Lautan iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka. Di sebelah utara adalah Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Sementara Singapura terletak di Selatan yang dipisahkan oleh Selat kecil. Negeri Johor mungkin tidak mempunyai banyak Gunung atau Bukit yang tinggi tetapi ia kaya dengan keindahan alam semulajadi tanah rendah. Johor juga mempunyai kisah sejarah yang panjang seperti negeri-negeri bersejarah yang lain. Daerah-Daerah di Johor:   1. Daerah Segamat (Pekan : Segamat) & Labis -Dataran Segamat, Jalan Omar, Kg. Gubah, tengah pekan Segamat  (Kategori : LAWATAN & PEMANDANGAN)   -Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden), Jalan Buloh Kasap, Kg, Gubah, tengah pekan Segamat (Kategori : SUKAN & REKRIASI)   -Makam Bendahara Tepok (Lubok Batu), Jalan Muar, Kg. Lubuk Batu, 2KM dari pekan Segamat (Kategori : TEMPAT BERSEJARAH)   -Segamat Country Club (& Gol