Posts

Showing posts from September, 2021

Pantai-Pantai Port Dickson Yang Kurang Terkenal, Negeri Sembilan.

Image
Memang ramai yang mengetahui lokasi-lokasi pantai menarik di Port Dickson seperti Teluk Kemang, Batu 4, Pantai Batang Pinang dan lain-lain yang popular. Termasuklah pantai yang dahulu (tahun 90an) tidak begitu dikenali seperti Pantai Tanjung Biru dan Pantai Purnama. Pernah satu ketika dahulu, Pantai Purnama (berdekatan Teluk Kemang) misalnya tidak dikhetahui ramai hinggalah ianya diaiktaraf dan kini menjadi tumpuan utama. Pantai Purnama hanyalah sebuah pantai kecil yang menarik untuk bermandi manda dan berkhelah kerana lokasinya yang agak stratergik. Namun disebabkan ruang yang terhad, pantai ini seringkali penuh dan hanya pengunjung yang datang awal akan mendapat tempat. Pantai-Pantai di bawah ini tidak menjadi tumpuan kerana ada yang tidak sesuai untuk bermandi manda kerana airnya yang berselut atau berlumpur. Tetapi jika untuk aktiviti berkhelah atau bersantai, tiada masalah kerana ruang yang luas masih tersedia. Antara pantai-pantai di Daerah Port Dickson yang kurang terkenal adala

Kem Wawasan/Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

Image
Tidak dapat dipastikan mengapakah nama asal Kem Bina Negara yang telah digunakan sejak sekian lama ditukar kapada Kem Wawasan Negara. Namun begitu, kedua-duanya tetap di lokasi yang sama. Di penghujung Jalan Ulu Sepri, Kampung Empang Batu. . Tempah Parking pelawat dan Lanskap Kem Wawasan Negara Ulu Sepri. . Pondok Jaga dihadapan sana. Kem ini tidak boleh masuk sesuka hati. . . Terletak di hujung Kampung Empang Batu di Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Lokasinya adalah di hujung sekali sebelum dihujungkan oleh hutan dan Empangan Ulu Sepri. Kem Bina (atau Wawasan) Negara ini seperti berkongsi ruang yang sama dengan Empangan Ulu Sepri dan hanya dipisahkan oleh tembok empangan. Mungkin ianya agak menggerunkan bagi sesetengah orang namun jangan risau kerana tembok empangan sudah dibina dengan kukuh. Kem Wawasan Negara Ulu Sepri berada di lokasi yang amat stratergik. Bukan sahaja berada di hujung kampung dan di dalam rimba, malah kawasan hutan simpan hanya terletak bersebelahan sahaja dan

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson & Pengkalan/Jeti Nelayan Teluk Kemang, Port Dickson.

Image
**Pusat Ikan Hiasan ini sudah dibuka pada bulan November 2021 yang lalu. Maklumat tambahan akan menyusul nanti.** Ramai yang tidak tahu di Port Dickson, terdapat sebuah Kompleks yang berkaitan dengan pembelaan Ikan Hiasan atau berkaitan dengannnya. Jika anda adalah orang yang mempunyai hobi membela ikan di dalam akurium, seharusnya anda mengunjungi pusat ini. Namun begitu, pusat ini ditutup sejak sekian lama kerana PKP walaupun pernah dibuka sekejap sebelum ditutup semula. Hasil tinjauan pada awal September 2021, Pusat ini masih ditutup. Tidak dapat dipastikan bilakah Pusat ini akan dibuka semula. Lokasinya agak tersuruk walaupun berada tidak jauh dari jalan utama dan berdekatan dengan pantai Teluk Kemang yang sangat terkenal. Simpangnya berdekatan dengan selekoh yang juga adalah laluan ke Pengkalan Nelayan Teluk Kemang. Pusat Ikan Hiasan Port Dickson memang terletak di tepi laut dan terdapat laluan kecil yang menghubungkan pusat ini dengan laut. Kemudahan asas yang lengkap terdapat di

Gunung Datuk Sebelum Tahun 2015 Dan Ke Bawah, Rembau, Negeri Sembilan.

Image
Gunung Datuk kini (atau sejak tahun 2016) telah menjadi satu lokasi pelancongan alam semulajadi yang sangat popular dan terkenal. Malah ramai pelancong dari luar negara yang meminati untuk mendaki bukit atau gunung ini. Walaubagaimanapun, keadaan ini terhenti sementara apabila pandemik melanda pada Mac 2020 dimana PKP diperkenalkan dan kegiatan rekriasi pelancongan disekat atau dihadkan aktivitinya. Gunung Datuk sebenarnya sudah lama menjadi lokasi pendakian iaitu sejak tahun 80an dan 90an lagi oleh penduduk berdekatan di Daerah Rembau. Ramai murid sekolah atau pelajar universiti menjadikannya sebagai lokasi perkemahan dan pendakian pada ketika itu. Tetapi popularitinya hanya meningkat sejak tahun 2010 dan semakin mendadak selepas tahun 2015 dan ke atas. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kemajuan teknologi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain yang membolehkan lokasi ini menjadi viral. Kalau dahulu atau sebelum tahun 2010, kebanyakan kawasan rekriasi ala

Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu.

Image
Air Terjun Lasir yang agak terpencil. Air Terjun yang terletak di kawasan Tasik Kenyir ini tidak boleh diakses melalui jalan darat sebelum ini dimana anda perlu menaiki bot untuk ke sini. Namun tidak pasti pada tahun 2020 ini adakah sudah terdapat jalan darat untuk ke sini. Laluan masuk ke sini adalah melalui Jeti yang terletak di kawasan Tasik. Sepertimana Hutan Lipur atau Air Terjun yang terdapat di lokasi lain, Air Terjun Sungai Lasir menawarkan keindahan alam dan kesegaran air terjun dan jeram yang sangat memepersonakan. Hanya satu kelainan lokasi ini adalah ia agak terpencil dan tidak boleh diakses sesuka hati kecuali oleh sesiapa yang menaiki rumah bot ke Tasik Kenyir. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini agak sunyi dan terpelihara daripada sampah sarap atau kekotoran yang berpunca daripada pengunjung. Kemudahan yang terdapat di sini tidak sama dengan kemudahan di lokasi Hutan Lipur tepi jalan kerana tiada kemudahan lengkap di sini seperti Tandas, Pejabat, Kedai Makan dan Bekalan