Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson


Pintu Gerbang Kampung Orang Asli Bukit Kepong.


Terletak di hujung kampung di Pasir Panjang, Port Dickson. Lokasi kampung ini adalah sekitar 8 KM dari jalan besar Pasir Panjang ke Port Dickson dimana simpangnya tidak jauh dari pekan Pasir Panjang. Anda akan melalui jalan berbukit-bukit sebelum sampai ke sini.


Lokasi ini mungkin masih baru dibuka sebagai tempat untuk pelancongan walaupun ia telah wujud sejak tahun 1914 lagi. Kawasan ini diurustadbir oleh Jabatan Kebajikan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) Daerah Seremban/Port Dickson/Rembau.



Simpang sebelum tiba di kawasan kampung. Jalan berbukit-bukit sepanjang hampir 8 KM.

.


Pintu Gerbang & Laman Perkampungan Khas Orang Asli.

Sebaik sahaja anda tiba di sini, akan kelihatan Pintu Gerbang dan beberapa Lanksap yang cantik berdekatan. Yang paling penting adalah sebuah laman khas perkampungan orang asli yang dibina di tepi jalan bersebelahan dengan pintu gerbang tadi. Laman perkampungan ini dikenali dengan nama Temuan Homestay.


.


Laman Perkampungan Khas Orang Asli yang dibina di sini
.


Sudut maklumat dan bahan bacaan.
.


.

Kawasan kampung adalah ke hadapan, selepas Pintu Gerbang tadi.
.


.


.

 

Laman Perkampungan Orang Asli (Temuan Homestay)

Sebuah kawasan khas yang luas diperuntukkan di hadapan kampung ini dengan membina beberapa pondok, kemudahan, lanskap dan perumahan contoh orang asli suku Temuan. Laman ini merupakan daya tarikan utama di sini kerana banyak binaan di sini menggambarkan tradisi asal mereka satu ketika dahulu. Dikenali juga dengan nama Temuan Homestay.

Kelihatannya, Temuan Homestay ini masih baru dibina berdasarkan keadaan cat dan pondok-pondok yang terdapat di sini. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

 

Temuan Homestay
 .


Rumah Orang Asli Tradisional

.

 

Di laman perkampungan ini, terdapat banyak binaan bangunan/pondok tradisional yang menarik seperti:
-Rumah Orang Asli Tradisional
-Dapur Tradisional
-Bangsal/Pondok Rehat Tradisional
-Pentas Persembahan
-Kemudahan tambahan seperti Tandas, Surau, Stor, Pejabat dan lain-lain yang berbentuk tradisional.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di laman ini adalah:
-Persembahan Pentas (muzik dan lakonan)
-Menyumpit dan teknik memburu
-Memasak masakan tradisional
-Menginap di rumah contoh Orang Asli
-Bermain permainan tradisional
-Menyelami kehidupan asas harian Orang Asli
-Mempelajari sejarah Arang Asli dan lain-lain.


Kebanyakan aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sini berbentuk temasya yang akan melibatkan ramai orang atau pengunjung. Perlaksanaan PKP telah menyebabkan aktiviti ini terpaksa ditangguhkan walaupun halaman perkampungan ini baru dibina untuk meningkatkan lagi pelancongan. 

 

.


Pondok Rehat Tradisional
.

 

.


.


.


Pentas Tradisional
.


.
 


 

Kawasan Kampung Orang Asli Bukit Kepong.

Perumahan sebenar masyarakat orang asli di sini adalah selepas Pintu Gerbang tadi dan jika dilihat, kampung orang asli ini tidaklah begitu besar. Rumah-rumah orang asli kelihatan cantik dan tersusun dengan gabungan binaan moden dan klasik. Terdapat sebuah Balai Raya di sini yang agak klasik dan menarik binaannya.

Terdapat juga beberapa Homestay yang terdapat di dalam kampung ini jika dilihat dalam peta tadi.


.

 

Balai Raya lama yang terdapat di dalam kampung.

.


Kampung Palebar Baru 

Terletak tidak jauh dari Kampung Orang Asli Bukit Kepong adalah Kampung Palebar Baru. Namun begitu, perkampungan Palebar Baru tidak terdapat Homestay khas atau lokasi untuk lawatan pelancong. Walaupun masyarakat orang asli menetap di kampung ini, situasinya sudah kelihatan moden dengan binaan rumah batu seperti taman perumahan.


.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang