Pantai-Pantai Port Dickson Yang Kurang Terkenal, Negeri Sembilan.

Memang ramai yang mengetahui lokasi-lokasi pantai menarik di Port Dickson seperti Teluk Kemang, Batu 4, Pantai Batang Pinang dan lain-lain yang popular. Termasuklah pantai yang dahulu (tahun 90an) tidak begitu dikenali seperti Pantai Tanjung Biru dan Pantai Purnama.

Pernah satu ketika dahulu, Pantai Purnama (berdekatan Teluk Kemang) misalnya tidak dikhetahui ramai hinggalah ianya diaiktaraf dan kini menjadi tumpuan utama. Pantai Purnama hanyalah sebuah pantai kecil yang menarik untuk bermandi manda dan berkhelah kerana lokasinya yang agak stratergik. Namun disebabkan ruang yang terhad, pantai ini seringkali penuh dan hanya pengunjung yang datang awal akan mendapat tempat.


Pantai-Pantai di bawah ini tidak menjadi tumpuan kerana ada yang tidak sesuai untuk bermandi manda kerana airnya yang berselut atau berlumpur. Tetapi jika untuk aktiviti berkhelah atau bersantai, tiada masalah kerana ruang yang luas masih tersedia.

Antara pantai-pantai di Daerah Port Dickson yang kurang terkenal adalah:
-Pantai di belakang Puteri Beach Resort atau Rumah Peranginan Persekutuan (dikenali dengan nama Monkey Bay). 
-Pantai Cermin.
-Pantai Teluk Pelanduk (berdekatan dengan Akedemi Imigresen)  
-Pantai Jeti Teluk Pelanduk.
-Pantai di sekitar mukim Pasir Panjang.


Tetapi ada satu masalah apabila sesebuah pantai menjadi tumpuan yang menyebabkan lebih baik kadangkala ianya dirahsiakan. Pantai yang ramai pengunjung akan menjadi tapak pembuangan sampah sarap yang sangat ketara. Sampah sarap akan bertaburan di sana sini seperti anda pergi ke Tapak Pelupusan Sampah Negara.

Namun apa boleh buat kerana budaya ini telah menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi terutama sejak tahun 2000 ke atas. Mungkin pada tahun 90an ke bawah, situasi tidak begitu ketara.

 

Pantai Cermin

.


.

 

Pantai Monkey Bay

.

 

Pantai Teluk Pelanduk.

.



Pantai Jeti Teluk Pelanduk.

.


.



.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3