Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan & Restoran.
.
Perkampungan Budaya Terachi dari Simpang Tiga |
.
Pintu Gerbang Simpang Tiga ke Seri Menanti
Terletak di tepi jalan utama Seremban ke Kuala Pilah, di mukim Terachi. Lokasinya juga berdekatan dengan simpang tiga untuk ke Seri Menanti. Dahulu di lokasi persimpangan ini juga terdapat sebuah restoran tepi jalan yang sangat menarik dikenali dengan nama Budaya Corner. Namun pada tahun 2021, Restoran itu telah dirobohkan. Mungkinkah Restoran ini berpindah ke Perkampungan Budaya?
Tapak Restoran lama yang sudah berpindah. |
Laman Budaya atau Perkampungan kecil ini sebenarnya sudah lama dibina iaitu pada tahun 1996, ia dinaiktaraf pada tahun 1998 kepada bangunan yang ada sekarang ini. Namun begitu popularitinya mungkin tidak begitu menonjol seperti yang diharapkan. Ramai yang melalui jalan ini iaitu Jalan Seremban Kuala Pilah akan menyedari kewujudan lokasi ini. Tetapi kebanyakannya hanya beranggapan lokasi ini adalah Restoran besar dan bukannya ada daya tarikan.
Mungkin pada peringkat awal dahulu, lokasi ini menjadi daya tarikan yang mendapat sambutan. Namun masih ramai yang lebih menegetahui lokasi ini sekadar Restoran yang berstatus premium.
Jika dilihat, kemudahan yang lengkap terdapat di sini seperti Kawasan Parking yang luas, Tandas, Pentas Persembahan, Dewan Tertutup, Dataran, Dewan Makan yang luas, Dewan Pemeran, Surau, Pondok Rehat dan lain-lain. Perkampungan ini semestinya sesuai untuk melaksanakan aktiviti bukan sekadar Restoran Makanan, malah seperti Pameran, Majlis Keramaian, Kursus dan sebagainya.
Berdasarkan maklumat dari Papan Kenyataan, Perkampungan Budaya ini dibina bertujuan untuk mengumpul segala keunikan budaya dan adat masyarakat Negeri Sembilan. Terdapat dua buah bangunan yang mengandungi 24 unit ruang yang boleh memuatkan segala ekonomi masyarakat tempatan sama ada untuk jualan atau pameran. Di antara, barang-barang yang dijual adalah makanan ringan, produk kraftangan seperti anyaman, ukiran dan batik. Di samping itu, terdapat Pentas Persembahan yang boleh menganjurkan aktiviti kesenian tradisional seperti tarian, muzik, nyanyian dan permainan tradisional.
Perkampunagan Budaya ini mengalami musim suram sejak tahun 2015 sehingga Pandemik melanda dimana banyak kemudahan yang terdapat di sini usang dan rosak. Lawatan pada tahun 2016 mendapati kawasan ini terbiar sahaja dan tidak digunakan untuk sebarang aktiviti pada ketika itu.
Sejak awal tahun 2021 dan sehingga Negeri Sembilan berada di Fasa 2 PKP, lokasi ini kelihatan bernafas semula dengan beberapa pembaikan yang telah dilakukan. Namun, keadaan pandemik yang masih melanda kini masih menyekat kegiatan aktiviti pelancongan daripada menjadi lebih rancak.
.
Comments
Post a Comment