Air Terjun / Jeram di Jalan Bukit Miku, Rembau




Air terjun atau jeram kecil ini sebenarnya tidak terdapat dalam peta pelancongan Negeri Sembilan. Malah, tiada papan tanda ditunjukkan dan tiada kemudahan disediakan. Ianya terletak bersebelahan jalan raya utama jika anda melalui Bukit Miku iaitu laluan Rembau - Jempol. Ia terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli. Terdapat sebuah pusat rekriasi berdekatan yang sudah usang dan lama ditinggalkan. 


Jeram kecil ini dilihat sesuai untuk bermandi manda dan berkhelah pada masa2 lapang tetapi kelihatan kebersihan tidak di jaga dan kotor dengan sampah sarap. Keadaan ini menyebabkan anda tidak senang untuk mandi dan berkhelah. Diharap agar pengunjung dapat membersihkan persekitaran agar jeram ini boleh digunakan sebagai tempat rekriasi.

Terletak di tepi jalan Bukit Miku antara Rembau ke Jempol
 

Pondok yang sudah rosak




Jeram ini kelihatan sesuai untuk berkhelah dan bermandi manda


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3