Restoran Terra Pong, Batu 8, Hulu Langat, Selangor
.
Restoran terapung ini adalah restoran Thai muslim yang
terletak di Batu 8, Hulu Langat, Selangor. Restoran ini sangat besar dan luas
berkonsepkan sinibina tradisional dan terletak di atas kolam besar. Masakan
utama adalah masakan berkonsepkan Thai dan terdapat juga masakan melayu.
Restoran besar ini mampu memuatkan sehingga 500 pelanggan dalam satu-satu masa dan
boleh juga mengadakan aktiviti-aktiviti seperti majlis makan malam, jamuan, perkahwinan
dan sebagainya.
Apa yang menarik di restoran ini adalah ikan segar air tawar
yang diternak di kolam bawah restoran dan akurium. Anda boleh memilih ikan mana
yang diminati. Dengan masakan berkonsepkan ala-Thai dan dimasak oleh chef-chef berpengalaman, ianya membuatkan anda tidak sabar untuk menikmati hidangan. Pemandangan
indah kolam-kolam dan kehijauan di persekitaran restoran ini memberikan pengunjung
suatu kepuasan. Pada waktu malam pula, keindahan pemandangan sekitar dicantikkan
lagi dengan sinaran cahaya lampu berwarna warni dengan muzik dan suasana meriah
yang mengasyikkan.
Kemudahan di restoran ini memang lengkap dan menyelesakan.
Lokasi dewan makan yang berbagai memberikan anda satu pilihan yang menarik
untuk bersantai. Terdapat banyak tandas, surau yang luas dan tempat berehat.
Selain itu, ada pentas persembahan, kemudahan audio dan pentas perkahwinan
untuk majlis-majlis utama. Ruang parking yang luas memberikan pengunjung kemudahan jika mengadakan
majlis besar.
Kebanyakan orang akan memanggil restoran ini dengan nama
‘Terapung’ sahaja kerana ia memang terapung di atas kolam. Tambahan pula nama
restoran Terra Pong seakan-akan ‘Terapung’. Anda seharusnya cuba untuk menikmati
makan malam di sini. Tidak kira untuk keluarga atau organisasi. Jika anda ingin
maklumat lanjut, boleh melawat website restoran ini dan facebook mereka.
Sajian & Hidangan
Semestinya masakan Ala-Thai dan Makanan Laut menjadi sajian utama di sini. Yang menjadi pilihan ramai semestinya masakan Ikan Segar yang anda pilih, kemudian nyatakan nak masak bagaimana. Samaada dimasak Stim, 3 rasa, pedas, masam dan sebaginya.
Jangan risau, masakan Melayu juga ada disediakan di sini. Tidak lupa juga ada banyak jenis pencuci mulut dan sajian sampingan yang tersedia.
.
Jenis masakan aneka pilihan. |
.
Ada banyak Akurium di sini, pilih saja ikan apa yang anda mahukan. |
.
Suasana Di Dalam Restoran
Keadaan di dalam restoran ini sangat menarik dengan senibina Thai. Dikelilingi oleh kolam dan ikan-ikan ternakan di dalamnya. Dilengkapi dengan kemudahan tambahan seperti pentas dan perhiasan yang indah. Lihat gambar-gambar di bawah:
.
Kelihatannya seperti pentas perkahwinan sahaja. |
.
Banyak jenis susunan atau bentuk meja yang disediakan. Bergantung kepada minat anda. |
.
.
.
.
.
Maklumat Lain
- Jika anda tidak pernah datang ke sini atau baru pertama kali mahu datang, lokasi restoran ini adalah di tepi jalan utama. Restoran ini terletak kira-kira 7 KM sebelum sampai ke Kampung Pangsun, Hulu Langat.
-Kawasan restoran ini agak luas dan terdapat beberapa kolam di sekitarnya dan taman.
Pemandangan Sekitar Restoran
Kawasan restoran ini sangat luas dan dikelilingi oleh Tasik buatan atau kolam besar. Tetapi anda tidak dapat melihatnya pada waktu malam. Namun, waktu malam pula akan dihiasi cahaya lampu yang indah. Bagus juga jika anda datang pada lewat petang sebelum matahiri terbenam. Sila lihat gambar-gambar di bawah:
Sebuah rumah cantik berdekatan. Tidak pasti rumah siapa. |
.
Kolam Ikan dan kehijauan hutan bukit terletak berdekatan sahaja. |
.
.
Kawasan Parking dan persekitarannya agak luas juga |
Comments
Post a Comment