Hutan Lipur Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor




Simpang ke Hutan Lipur Sungai Gabai


Pintu Gerbang memasuki hutan lipur.


Tempat Parking kenderaan yang luas

Ruang dataran utama



Terletak berdekatan dengan kampong Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Hutan lipur ini mempunyai daya tarikan air terjun yang tinggi dari atas bukit. Pemandangan air terjun yang cantik menyebabkan lokasi ini sesuai untuk bergambar.

Kemudahan yang terdapat di sini adalah Tandas, Surau, Pondok Rehat, Pejabat, Parking kereta dan kedai makan kecil. Kemudahan adalah sangat memuaskan cuma tahap kebersihan mungkin perlu diperbaiki lagi.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermandi manda, berkhelah dan memasak, merentas hutan, bergambar dan beriadah (memanjat tangga). Bermandi manda adalah menjadi pilihan utama sambil menikmati pemandangan air terjun yang cantik. Hutan Lipur ini dibuka setiap hari tetapi pada waktu siang sahaja. Masuk adalah percuma.

Gerai makan kecil sahaja



Kemudahan Tandas & Surau





Ruang mandi sungai di kawasan bawah yang berdekatan
 
Air terjun utama dan jeram


Air terjun yang jatuh dari jurang tinggi kelihatan cantik

Mungkin ruang mandi di kawasan hutan lipur ini agak terhad kerana bersaiz kecil terutamanya jika ramai pengunjung pada hujung minggu. Tetapi jika anda rajin untuk menaiki tangga2 ke atas, ada lagi ruang mandi dan berkhelah yang agak manarik. Anda harus berhati2 kerana anak2 tangga adalah licin dan terdapat jurang tinggi di atas yang perlu diperhatikan jika bermandi manda. Mungkin tidak sesuai untuk panjat bukit di atas jika bersama dengan anak2 kecil.

Terdapat trek untuk anda terus merentas hutan untuk pergi ke Jeram Perlus. Tetapi mereka yang ingin ke Jeram Perlus akan melalui lokasi lain yang lebih dekat.

Lokasi permulaan untuk menaiki tangga.




Perjalanan menaiki tangga untuk sampai ke atas sekitar 15 ke 20 minit. Ambil nafas dahulu.





Ruang mandi ada lagi di kawasan atas


Mandi di kawasan atas harus berhati2 kerana terdapat banyak jurang


Jeram yang menarik di kawasan atas


Anda boleh menggelongsor di sini


Jeram dan air terjun di atas bukit


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3