Gunung Jono & Kem Ulu Pilah (Jeram & Air Terjun Kecil), Seri Menanti, Kuala Pilah
bulatan Seri Menanti. Ke kiri untuk ke Senaling. |
Jarak dari pekan Seri Menanti ke simpang kem sekitar 10 KM |
Simpang kanan masuk ke Kem Ulu Pilah. |
Laluan ke kem Ulu Pilah adalah yang hujung sekali. Naik ke bukit. |
Terus ke depan adalah jeram & air terjun. Sebelah kanan adalah Kem Ulu Pilah. |
Gunung Jono memang kurang popular jika dibandingkan dengan
gunung2 lain di Negeri Sembilan kerana tiada daya tarikan utama di gunung ini.
Di puncak gunung juga tidak terdapat pemandangan indah kerana telah di tutupi
oleh pohon2 yang tinggi.
Terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah iaitu antara laluan
Seri Menanti ke Senaling. Ramai pendaki datang ke Gunung Jono bagi melengkapkan
jelajah mereka ke gunung2 di Negeri Sembilan.
Berdekatan dengan lokasi pemulaan mendaki terdapat air
terjun dan jeram kecil yang boleh digunkaan untuk bermandi mandi atau berkhelah.
Terdapat sebuah kem yang dikenali sebagai Kem Ulu Pilah
berdekatan dengan air terjun tadi. Kem ini dilihat menjadi tempat untuk melaksanakan
kem2 motivasi dan bina semangat. Namun begitu, kem ini kelihatan sudah usang
seperti sudah lama ditinggalkan.
Jeram & Air Terjun
Starting point mendaki ke Gunung Jono dari Kem Ulu Pilah ini. |
Kem Ulu Pilah
Comments
Post a Comment