Pengkalan Kempas (Jeti & Kompleks Bersejarah), Pasir Panjang, Port Dickson






Jeti Pengkalan Kempas yang juga merupakan lokasi memancing popular ni Negeri Sembilan.




Jeti Pengkalan Kempas adalah jeti bersejarah sejak zaman dahulu lagi iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sungai Linggi (dari Kuala Linggi) yang terdapat di jeti ini merupakan sungai bersejarah. Sungai Kuala Linggi adalah sungai penting yang menghubungkan laluan sungai ke Melaka dan Negeri Sembilan kerana dua simpang utama sungai Rembau akan Melaka sementara sungai linggi ke negeri Sembilan. Aktiviti memancing kerap dilakukan disini selain penangkapan Ikan & Udang oleh nelayan2 tempatan. Lihat gambar2 di bawah:














Terdapat makam ulamak terkenal (Sheikh Ahmad Majnun) berdekatan dengan jeti ini iaitu di Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas. Makam ini adalah antara yang tertua terdapat di Malaysia. Beliau adalah ulama yang terkenal dalam penyebaran Islam pada abad ke 15. Terdapat juga Batu Mengalit yang merupakan batu hidup yang terdapat di sebelah makam.




Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas sebenarnya adalah sebuah Makam


Kompleks bersejarah Pengkalan Kempas yang dahulu kelihatan usang dan tidak terusun kini telah mendapat nafas baru. Jika dahulu hanya terdapat makan ulama terkenal dan batu megalitik sahaja. Kini telah dibina sebuah galeri kecil yang menerangkan tentang batu megalitik. Jika anda lalu disini, boleh lah singgah sebentar untuk melawat kompleks kecil ini kerana ianya lebih menarik berbanding dahulu. Walaubagaimanapun, kompleks ini tidak sama dengan muzium yang mempunyai lebih banyak tarikan.

 


Makan Ulama terkenal pada masa dahulu iaitu Sheikh Ahmad Majnun


Batu Megalitik juga dipamerkan di sini dan antara yang tertua dijumpai.








Galeri Batu Megalitik terdapat di sini dan baru sahaja dibuka


Antara bahan2 pameran yang terdapat dalam Galeri ini.










Kini, kompleks ini telah dikemaskini dan dinaiktaraf menjadi lebih baik. Kemudahan2 asas seperti tandas dan surau telah diperbaiki tetapi kompleks ini hanyalah kecil dan tidak terdapat pameran datau galeri yang besar seperti di muzium.

 


Perigi bersejarah ini telah dibaikpulih dan dibersihkan

Kemudahan surau yang turut dibaikpulih dan dibersihkan
 

Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3