Posts

Showing posts from July, 2021

Homestay Kampung Pelegong, Labu, Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Image
Kampung Pelegong terletak di mukim Labu, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Untuk datang ke sini, anda perlu melalui Jalan Lama Seremban - Labu dan memasuki simpang untuk ke Stesen KTM Tiroi secara mudahnya.  Kampung ini dipilih sebagai kawasan Homestay pada tahun 1996.   Terowong merentasi Lebuhraya Utara Selatan untuk masuk ke Kampung Pelegong .   Papan Tanda pengenalan Kampung Pelegong. . Apakah Yang Menarik Di Kampung Pelegong? Bukan mudah untuk sesebuah kampung itu dipilih sebagai lokasi Homestay kerana banyak kriteria yang perlu dipenuhi. Kriteria inilah yang merupakan daya tarikan di perkampungan ini iaitu: - Suasana kampung yang indah dan menarik. - Rumah-rumah kampung tradisional yang cantik. - Tahap kebersihan kampung yang sangat baik. - Kemudahan yang lengkap terdapat di sekitar kampung. - Terdapat Dusun Buah Buahan dan Kebun. - Ladang ternakan Lembu, Kambing dan Kerbau. - Air sungai kecil yang mengalir dari bukit berdekatan. - Kewujudan Jeram Tebrau sebagai lokasi rekrias

Stesen Janaelektrik (Empangan Hidroelektrik) Sultan Mahmud Kenyir, Tenaga Nasional Berhad, Kuala Berang, Terengganu

Image
Terletak di hujung jalan selepas anda melepasi simpang Air Terjun Jenagor dari pekan Kuala Berang, Terengganu. Jaraknya lebih 50KM dari bandar Kuala Terengganu tetapi hanya sekitar 16KM dari pekan Kuala Berang.  Empangan ini sudah lama bertapak dan merupakan Empangan Hidro yang besar di Semenanjung Malaysia. Empangan ini juga berfungsi sebagai kawalan banjir. Sila baca dan lihat galeri di bawah untuk maklumat lanjut.   Bahagian Hadapan Pintu Gate Untuk Masuk. Kawasan Empangan ini kelihatan seperti Kawasan Rekriasi atau Hutan Lipur . Ada sedikit kawasan parking kenderaan untuk pelawat mendaftar. .   Terdapat pondok rehat dan meja tidak jauh dari pintu masuk. . . Air yang dilepaskan dari empangan ini adalah permulaan kepada Sungai Terengganu .   Maklumat Ringkas Berkaitan Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Empangan ini dibuka pada tahun 1988 dan dimiliki/dioperasikan oleh Lembaga Letrik Negara pada ketika itu. Kini, Lembaga Letrik Negara (LLN) dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad

Kompleks Jeti Penumpang Dan Marina Awam, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor

Image
  Jeti ini terletak di hujung jalan, hujung tanjung dan paling hujung sekali. Berada dalam Daerah Kota Tinggi, Johor dan dalam mukim Pengerang. Ia terletak tidak jauh dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Pengelih, Johor. Dikatakan Jeti ini merupakan laluan masuk antarabangsa Feri-Feri dari Indonesia. Jeti ini dirasmikan pada 16 Mei 2009 yang lalu. Jeti bersejarah ini sebenarnya sudah lama beroperasi dan dinaiktaraf oleh kerajaan pada tahun 2006 dengan kos RM36 juta. Terdapat kemudahan Pejabat Kerajaan dan Medan Operasi yang terletak berdekatan dengan lokasi ini. Salah satu daya tarikan di jeti ini adalah lanskap pemandangannya yang indah dikelilingi oleh laut dan selat. Terdapat kemudahan asas yang lengkap di jeti ini tetapi kelihatannya tidak dijaga dengan baik.   .   Pemandangan Sekitar Jeti Keindahan lanskap pemandangan dari sini memang tidak dinafikan. . . . . . . . Peta Pelancongan Johor Tenggara. .  .   . . Plat Perasmian tahun 2009 yang lalu. .  

Bukit Engku Busu, Pekan Lumut, Perak

Image
Terletak berdekatan dengan pekan Lumut, Perak iaitu tidak jauh dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut. Jalan masuk atau simpang ke Starting Point mendaki berada berdekatan dengan selekoh di hadapan Balai Polis Lama. Anda perlu bergerak pada jarak 300 meter dari simpang tadi untuk ke lokasi permulaan mendaki. Bukit bersejarah ini tidaklah begitu mudah di daki tetapi tidak juga sukar. Anda memerlukan masa sekitar satu ke sejam setengah untuk mendaki hingga ke puncak. Dari segi pemandangan, anda tidak akan menikmati pemandangan penuh di puncak kerana dilindungi oleh pohon-pohon yang tinggi. Anda hanya boleh melihat sebahagian daripada pekan Kampung Acheh dari sini. Tetapi sebelum sampai di puncak iaitu kira-kira 10-15 minit, terdapat satu lagi lokasi untuk melihat pemandangan indah sekitar Pengkalan TLDM dan Sungai Manjung. Sila lihat Galeri-Galeri dan penerangan di bawah ini:   Trek Permulaan Mendaki Bukit. Trek permulaan mendaki adalah di sebelah kiri papan tanda ini.

Stesen Keretapi Port Dickson di Negeri Sembilan, Masih Wujud?

Image
  Malaysia telah mempunyai keretapi zaman moden terutamanya di sekitar lembah Klang dan sektor utara. KTM Komuter, KTM Intercity, MRT, LRT dan Monorail lebih dikenali berbanding keretapi lama yang kurang digunakan kecuali di Pantai Timur dan Selatan tanah air. Benar, hanya Pantai Timur dan Johor sahaja yang masih menggunakan keretapi lama. Keretapi lama yang dimaksudkan adalah menggunakan enjin lokomotif diesel dan bukannya elektrik. Laluan Gemas ke Tumpat dan Gemas ke Johor Bahru masih lagi belum menggunakan keretapi elektrik. Tetapi laluan Gemas ke Johor sedang aktif membangunkan landasan berkembar. Negeri Sembilan sudah hampir mempunyai system keretapi elektrik sepenuhnya. Cuma masih ada lagi sistem keretapi lama iaitu dari Gemas ke Bahau dan ke Kemayan. Tetapi sebenarnya Negeri Sembilan mempunyai satu laluan yang sudah lama mati iaitu laluan Seremban - Port Dickson. Ini tidak megambil kira laluan Bahau - Kuala Pilah yang sudah lama dihentikan. Ramai yang tidak tahu