Bangkai Kapal Terbang (Liberator) Di Gunung Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan

Ketika zaman Perang Dunia Kedua, sebuah pesawat ringan milik Tentera Udara British telah terhempas berhampiran dengan Gunung Berembun yang terletak di sempadan Jelebu/Seremban, Negeri Sembilan. Walaupun, Orang Asli pada ketika itu telah memaklumkan kejadian ini, namun usaha menjejaki pesawat agak lewat dilakukan. Mungkin kerana risiko akan ancaman pihak PKM (Komunis) pada ketika itu.

Lokasi Pesawat malang ini terhempas bukanlah di puncak Gunung Berembun atau Telapak Buruk tetapi dalam laluan antara puncak Telapak Buruk ke Berembun. Bermaksud, anda perlu mendaki Gunung Berembun untuk ke sini atau turun dari puncak Telapak Buruk. Terdapat satu kem kecil di sini untuk anda berehat sebelum menuruni gaung untuk ke tapak bangkai pesawat.

Pada tahun 2016, pokok besar yang tumbang telah menghempap badan pesawat (Fuselage) yang menyebabkan pesawat malang ini seperti jatuh ditimpa tangga. Pokok yang tumbang telah merosakkan lagi saki baki badan pesawat yang tinggal sebelum ini.

Atas permintaan ramai, gambar-gambar lama yang sebelum tahun 2016 dan ke bawah akan dikongsi kerana selepas tahun 2015, banyak kemusnahan telah berlaku pada bangkai ini. Apabila ramai yang melawat lokasi ini, akan menyebabkan sisa pesawat dirosakkan atau diubahsuai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Satu perbezaan yang jelas pada pesawat ini adalah penggunaan Rivet untuk menyambungkan logam aluminium dimana pada ketika ini, teknologi Kimpalan atau Welding belum digunakan sepenuhnya dalam industri penerbangan. Selain itu, pesawat ini juga menggunakan Enjin Propeller klasik.

Kisah bagaimana pesawat ini terhempas dan situasi yang berlaku pada ketika itu ada diceritakan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson.


Lihat Galeri-Galeri Di Bawah ini:

Lokasi Crash Site atau Bangkai Pesawat terletak di antara laluan puncak Gunung Berembun & Gunung Telapak Buruk

.

Papan Tanda Nama-Nama Pejuang yang terkorban ketika itu ditampal pada pokok.
.


Keadaan di dalam Badan Pesawat yang masih ada komponen asal.
.


Bahagian Hadapan Pesawat Kelihatan sudah hancur.
.


Komponen-komponen yang terdapat di dalam Badan Pesawat.

.


Dipercayai bahagian Enjin Pesawat.

.


Sebahagian daripada Fuselage atau badan pesawat. Masih kelihatan tulisan R di situ.
.


Sebahaian daripada Fuselage atau Badan Pesawat.
.


Papan Tanda Nama Pejuang yang terkorban diabadikan di sini.

.


Mungkinkah ini sebahagian daripada Enjin Pesawat?
.


Tidak dapat dipastikan ini komponen apa. Mungkin juga sebahagian daripada Landing Gear.
.


Kelihatan seperti Rim Tayar dan ini adalah sebahagian daripada Landing Gear.
.


Mungkin ini adalah bahagian Kepak Pesawat.
.


Bahagian Kepak Pesawat yang masih kelihatan strukturnya.
.


Tidak pasti ini bahagian mana tetapi mungkin bahagian Badan Pesawat.
.


Kemungkinan besar ini adalah bahagian Ekor Pesawat.
.


Tidak dapat dipastikan ini bahagian mana.
.


Bahagian Kepak Pesawat.
.

 

Keadaan Bangkai Pesawat Sekarang (Tahun 2021)

Walaupun dihempap pokok besar, kebanyakan komponen atau bahagian asal pesawat masih terdapat di sini. Pokok besar tersebut juga semakin reput. Situasi pesawat ini tidak banyak bezanya berbanding sebelum ini kecuali kemek yang teruk pada badan pesawat.

Perlaksanaan PKP juga menyebabkan bangkai pesawat ini kurang pengunjung sejak tahun 2020 hingga 2021.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3