Jalan Bukit Tangga, Jalan Kuala Klawang - Seremban (Kampung Pantai), Negeri Sembilan

Kebanyakan orang biasanya mengenali nama Jalan Bukit Putus yang menghubungkan Daerah Seremban dengan Kuala Pilah. Tetapi jarang kita mengenali Jalan Bukit Tangga yang sebenarnya tidak kurang hebatnya pemandangan dan keadaan jalan lama ini.

Jalan Bukit Tangga adalah sebahagian daripada Jalan Kuala Klawang - Seremban, Negeri Sembilan. Ia adalah jalan berbukit bukau yang menghubungkan Daerah Seremban dengan Kuala Klawang. Kampung Pantai adalah kawasan yang akan anda tempuhi jika melalui jalan ini. 

Sila lihat peta di bawah untuk mengetahui lokasi Jalan Bukit Tangga yang panjangnya mungkin sekitar 10 ke 12 KM.

Peta ringkas, lokasi Jalan Bukit Tangga atau sebahagian daripada Jalan Kuala Klawang - (Kg Pantai) Seremban.
.

 

 

Apakah Yang Menarik Di Laluan Ini?

Seperti juga laluan Jalan Bukit Putus, Jalan Bukit Tangga turut menumpuhi Hutan Simpan dengan pemandangan indah bukit bukau. Terdapat lokasi di mana anda dapat melihat pemandangan lembah yang indah dari atas bukit.

Jalan ini pada asalnya adalah kecil dan lebih bangkang bengkok. Jalan lama satu ketika dahulu agak mengerikan kerana terdapat banyak tanah runtuh. Pada tahun 2001/2002, Jalan Bukit Tangga telah dinaiktaraf menjadi lebih besar dan selesa seperti yang ada sekarang ini.

Lokasi-lokasi menarik dari Kampung Pantai ke Kampung Ulu Klawang:

1. Gerai Makan & Buah Buahan.

2. Air Terjun Bunian.

3. Dataran Bukit Tangga

4. Laluan Jalan Bertar untuk mendaki Gunung Telapak Buruk.

5. Kawasan Rekriasi Air Terjun Jeram Toi


Walaupun berlaku penerokaan hutan dan pembalakan yang ketara di sini, namun anda masih boleh lagi menikmati pemandangan indah di beberapa lokasi. Lebih baik anda nikmati sebelum semua ini musnah diteroka.


 

Air Terjun Bunian & Kedai Buah-Buahan.

Terletak di tepi jalan dan berdekatan dengan selekoh. Air terjun kecil ini bukanlah lokasi Taman Eko Rimba atau Kawasan Rekriasi yang besar. Ia hanyalah sebuah kolam kecil yang boleh memuatkan beberapa orang sahaja.

Terdapat pondok rehat yang dibina di sini di tepi jalan. Ruang Parking kenderaan agak terhad dan mungkin kurang daripada 5 buah kenderaan boleh singgah di sini pada satu-satu masa.

Tidak jauh dari sini juga ada gerai menjual buah buahan dan makanan. Sambil anda singgah melihat air terjun boleh juga makan buah buahan atau minum di kedai berdekatan. Bolehlah singgah jika anda berkesempatan.

 

Air Terjun (Kecil) Bunian hanya di tepi jalan.
.


Kolam kecil dan kawasan ini boleh memuatkan beberapa orang sahaja.
.


Pondok Rehat di sebelah Air Terjun Bunian.



Dataran Bukit Tangga

Lokasi ini suatu ketika dahulu hanya kawasan semak yang dilapangkan dan tiada apa-apa.  Cuma terdapat lanskap kecil yang menempatkan 'Batu Perasmian'. Pada tahun 2019/2020, Dataran ini dinaiktaraf seperti yang ada sekarang ini dengan penambahan beberapa Pondok Rehat, Dataran diturap tar, dilengkapi Papan Tanda dan beberapa lanskap yang menarik untuk pengunjung.

Namun kawasan ini mungkin sekadar untuk berehat sebentar sambil bergambar. Tidak ada apa-apa yang menarik atau kemudahan yang terdapat di dataran ini. Anda boleh singgah untuk Parking kenderaan dan berehat di pondok.

.
Dataran Bukit Tangga terletak di kawasan sempadan Daerah Seremban & Jelebu.
.


Pondok-Pondok Rehat dan Laskap yang terdapat di Dataran Bukit Tangga.
.


.


Maklumat umum berkenaan dengan lokasi ini.
.


.


'Batu Perasmian'
.

 

 

Laluan Jalan Bertar ke Gunung Telapak Buruk (Pencawang Telekom) 

Jalan kecil berturap ini bukanlah pendek atau calang-calang. Jaraknya ke hujung atau ke puncak Gunung Telapak Buruk adalah sekitar 16 KM. Melalui jalan ini juga bukanlah mudah kerana keadaan jalan yang amat teruk di beberapa lokasi tertentu. Jalannya juga berbentuk bengkang-bengkok dan berbukit-bukit dengan terdapat lokasi yang ada tanah runtuh.

Jalan ini hanya sesuai untuk dilalui oleh 4WD kerana keadaan jalan yang teruk tetapi boleh juga menggunakan motosikal. Namun suasana jalan ini sangat menarik dan mencabar bagi anda yang menyukai keindahan alam semulajadi dan cabaran.

 

Simpang ke Gunung Telapak Buruk atau Pencawang Telekom di sebelah kanan berdekatan dengan Dataran Bukit Tangga.


 

 

Air Terjun Jeram Toi 

Kawasan Rekriasi atau Taman Eko Rimba ini lebih terkenal dan kerap dikunjungi kerana daya tarikan Air Terjunnya serta kemudahan yang lengkap. Terletak di penghujung Jalan Bukit Tangga selepas anda menuruni bukit jika dari arah Seremban. Namun begitu, kawasan ini ditutup agak lama kerana pandemik Covid-19 tetapi akan dibuka semula nanti selepas ianya berakhir.

Anda haruslah singgah ke sini jika berkelapangan. Sila klik link ini untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Air Terjun Jeram Toi.

 

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3