Teruntum Esplanade & River Cruise, Bandar Kuantan, Pahang



Merupakan Kawasan Rekriasi tepi Sungai Kuantan yang memanjang di sepanjang sungai dan bersebelahan jalan raya utama. Terletak di Pusat Bandar Kuantan. Terdapat perkhidmatan bot River Cruise yang merupakan satu tarikan untuk peminat-peminat sungai.

Laman Teruntum adalah lokasi rekriasi yang sudah lama wujud sejak dahulu lagi dan ianya telah dinaiktaraf dari masa ke semasa sehinggalah lebih cantik seperti yang ada sekarang.

Keindahan Sungai Kuantan yang mengalir tenang di sini memberikan satu suasana yang menarik untuk melakukan aktiviti riadah dan bersantai. Kawasan rekriasi ini tidaklah begitu luas tetapi ianya sangat panjang dan berada di tepi sungai yang boleh menjangkau jarak sehingga 2 KM. Anda akan lihat banyak bot-bot nelayan yang akan melalui sungai ini keluar dan masuk pada hampir setiap masa.



Ramai pengunjung berdekatan yang akan datang ke sini untuk melaksanakan aktiviti berikut seperti:
-Berjoging dan berjalan-jalan di sepanjang laluan.
-Makan-makan di kedai-kedai berdekatan.
-Berehat dan bersantai.
-Berkhelah.
-Memancing yang merupakan aktiviti agak popular di sini.

Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di sekitar sini adalah:
-Laluan Khas di tepi sungai sepanjang lebih 2 KM.
-Beranda tepi sungai untuk memancing dan bergambar.
-Tandas.
-Restoran Makanan Segera (McDonald dan lain-lain).
-Medan Selera.
-Gerai Jualan & Cenderahati.
-Taman Permainan Kanak-Kanak.
-Dataran.
-Pondok Rehat.
-Surau.

Di kawasan Laman Teruntum ini juga, terdapat lagi dua daya tarikan penting iaitu Menara Kuantan 188 dan Kuantan River Crusie. Kuantan River Cruise menyediakan satu perkhidmatan kepada pengunjung yang berminat untuk menaiki bot menyusuri Sungai Kuantan dari Jeti hinggalah ke Kuala Sungai atau Tanjung Lumpur. Lokasi Jeti & Bot-bot untuk River Crusie ini terletak tidak jauh dari Restoran McDonald dan berdekatan dengan permulaan laluan khas Laman Teruntum. Dengan menaiki bot, pengunjung akan dapat melihat keindahan jambatan baru yang dibina iaitu Jambatan Tanjung Lumpur. Pengunjung juga boleh masuk ke dalam sungai untuk melawat Jambatan satu lagi selain dapat melihat bot-bot nelayan tempatan secara dekat.


Maklumat lanjut akan menyusul nanti.

 

.

 

Kuantan River Cruise

.


.


.
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang