Rantau Eco Park, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.


Terletak di tepi Jalan Kampung di Kampung Kuala Sawah, Rantau.
.

Rantau Eco Park telah ditutup lebih setahun yang lalu akibat perlaksanaan PKP. Tidak dapat dipastikan bilakah akan dibuka semula. Penutupan yang terlalu lama akan merosakkan kemudahan yang terdapat di lokasi ini walaupun sebelum ini pun sudah banyak yang rosak.

Rantau Eco Park dahulu merupakan lokasi pelancongan berkonsepkan Agro dan Taman Rekriasi dengan berlatarkan suasana kampung. Tetapi tiada hutan lipur atau ladang/ternakan yang khusus di sini.


Kemudahan Yang Disediakan & Aktiviti Yang Boleh Dilakukan.

Antara kemudahan yang terdapat di sini dahulu termasuklah: 
-Pondok Rehat
-Tandas & Bilik Persalinan (agak terhad juga)
-Surau
-Laluan & Trek
-Padang & Dataran untuk acara/majlis.
-Tapak Perkhemahan
-Beberapa Resort/Chalet
-Taman Bunga
-Tasik Mini 
-Kolam Renang
-Kemudahan Peralatan untuk aktiviti air seperti Kayak, Sampan, Pelampung dan lain-lain.
-Dewan Acara Tertutup 
-Dewan Terbuka & Dewan Makan
-Kemudahan Buggy, Basikal dan lain-lain.
 
Rantau Eco Park adalah destinasi pelancongan yang sesuai untuk keluarga berdasarkan segala kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Tempat ini boleh juga dianggap sebagai Kawasan Rekriasi untuk berehat dan bersantai.
 
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah Kursus, Kem Motivasi, acara-acara seperti Karnival, Majlis Perkahwinan, Hari Keluarga dan sebagainya. Kawasan yang luas dengan kemudahan yang desediakan membolehkan aktiviti besar seperti ini dapat dilakukan. 
 
Kewujudan Kolam Renang & Tasik Mini di sini membolehkan aktiviti/kursus berkaitan air dapat dilakukan seperti Berkayak, Berenang, Bermandi Manda, Water Confident, Menaiki Bot dan sebagainya.
 
Berkhemah juga sesuai dilakukan di sini sambil memasak BBQ atau masakan lain yang sesuai ketika berkhelah. Aktiviti santai dan menenangkan fikiran di sini memang sesuai kerana suasana kampung di sini yang sunyi. Lokasi ini juga jauh dari bandar dan kebisingan kenderaan. 
 
Terdapat juga aktiviti menunggang Kuda yang dijalankan sebelum ini kerana pernah terdapat Kuda di lokasi ini. Selain itu, aktiviti berbasikal turut dijalankan kerana lokasi perkampungan terletak berdekatan dan sesuai untuk beriadah menaiki basikal.

Aktiviti memancing juga pernah dilakukan di sini kerana terdapat kolam untuk memancing. Ini sesuai untuk orang yang meminati aktiviti santai sambil memancing ikan air tawar.


Lawatan pada masa dulu mendapati kelemahan disini adalah tahap kebersihan yang masih kurang memuaskan dan penyelenggaraan kemudahan yang masih perlu diperbaiki.

Namun, semua ini hanya tinggal kenangan sahaja kerana tempat ini sudah terbiar sejak sekian lama. Sebelum PKP dilaksanakan, lokasi ini semakin suram kerana mungkin kekurangan pengunjung atau banyak persaingan.

 

.


Papan Iklan Rantau Eco Park yang sudah usang.
.


Masih ditutup pada Julai 2021 kerana perlaksanaan PKP berpanjangan.
.
 


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3