Posts

Showing posts from May, 2021

Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Image
  Sebuah perkampungan kecil yang terletak di laluan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. Berada dalam Daerah Bentong dan tidak jauh dari Genting Sempah. Kebiasaannya, orang ramai hanya akan melalui laluan ini dengan kenderaan mereka. Kalau bukan mendaki bukit (dari Bentong), anda akan menuruni bukit (jika dari Kuala Lumpur). Jarang sekali untuk singgah ke sini. Cuma akan kelihatan adalah keindahan pemandangan Kampung Bukit Tinggi dan Perumahan Selesa Hillhomes. Terdapat dua perkampungan di sebelah kanan dan kiri jalan yang anda boleh akses dari kedua-dua arah Lebuhraya. Persimpangan Bukit Tinggi merupakan simpang untuk akses ke sini dan boleh juga untuk melakukan Pusingan-U. . . Apakah yang terdapat di sekitar Kampung Bukit Tinggi? - Kawasan Perumahan (selain daripada Selesa Hillhomes & Golf Club) & Perkampungan kecil. - Sekolah Kebangsaan. - Stesen Minyak BHP - Pusat Pertanian & Penanaman (Kebun). - Balai Polis. - Kedai Makan Best. Banyak kedai masakan cina di sini. Selain itu, k

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang

Image
Restoran Tanah Aina Fareena merupakan sebuah restoran kategori premium yang lain dari yang lain. Mengapa? -Terletak di tepi lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dimana akses ke restoran ini hanya melalui lebuhraya Karak-KL sahaja. Ianya bukanlah terletak di Kawasan R&R atau Hentian Sebelah, tetapi terletak di tepi Lebuhraya tidak jauh dari Kampung Lentang. Tidak banyak restoran yang berstatus seperti ini. -Boleh diakses melalui kedua-dua arah Lebuhraya. Secara teknikalnya boleh, tetapi kerana tidak ada susur jalan masuk jika dari arah Bentong, anda terpaksa membuat pusingan-U di Hentian Sebelah Lentang. Jika anda menaiki motosikal, mungkin tiada masalah untuk berhenti di tepi jalan (arah ke Kuala Lumpur). Bagaimana Untuk Ke Sini. Jika anda dari Kuala Lumpur/Bukit Tinggi/Genting Sempah, anda perlu memasuki satu simpang untuk ke restoran ini. Simpang tersebut terletak di kiri jalan kira-kira beberapa Kilometer setelah anda melepasi Hentian Sebelah Lentang. Kawasan Parking di Restoran ini san