Posts

Showing posts from September, 2020

Taman Tema Luar Genting Highland (Genting Outdoor Theme Park - Skyworlds)

Image
Pengenalan Genting Highland sememangnya terkenal dengan kehebatan Taman Tema Luar suatu ketika dahulu sejak tahun 90an lagi (malah 80an). Sebelum kewujudan Taman Tema Sunway Lagoon dan Berjaya Times Square, Teman Tema Genting telah menjadi kunjungan wajib bagi peminat taman tema. Kini semakin banyak Taman Tema besar yang wujud seperti Legoland. Sekiranya anda generasi berusia 30an atau 40an, semestinya Taman Tema Genting telah menyimpan banyak memori zaman kanak2 dahulu. Di bawah sana adalah Arena Of Stars. Taman Tema Luar terletak tidak jauh dari sini. Taman Tema Luar Genting Highland dapat dilihat dengan jelas dari Awana Cable Car. Ketika menuju ke Kompleks SkyAvenue Apakah Yang Berlaku Sekarang? Benar, Taman Tema Luar telah dirobohkan pada tahun 2013 bagi memberi laluan untuk pembinaan taman tema yang baharu dan moden. Maklumlah, Taman Tema ini telah beroperasi sejak awal 90an, sudah pasti peralatan dan jentera sudah usang dan ketinggalan zaman. Ia perlu diganti kerana jangka hayatn