Taman Tema Luar Genting Highland (Genting Outdoor Theme Park - Skyworlds)




Pengenalan

Genting Highland sememangnya terkenal dengan kehebatan Taman Tema Luar suatu ketika dahulu sejak tahun 90an lagi (malah 80an). Sebelum kewujudan Taman Tema Sunway Lagoon dan Berjaya Times Square, Teman Tema Genting telah menjadi kunjungan wajib bagi peminat taman tema. Kini semakin banyak Taman Tema besar yang wujud seperti Legoland.

Sekiranya anda generasi berusia 30an atau 40an, semestinya Taman Tema Genting telah menyimpan banyak memori zaman kanak2 dahulu.


Di bawah sana adalah Arena Of Stars. Taman Tema Luar terletak tidak jauh dari sini.



Taman Tema Luar Genting Highland dapat dilihat dengan jelas dari Awana Cable Car. Ketika menuju ke Kompleks SkyAvenue





Apakah Yang Berlaku Sekarang?

Benar, Taman Tema Luar telah dirobohkan pada tahun 2013 bagi memberi laluan untuk pembinaan taman tema yang baharu dan moden. Maklumlah, Taman Tema ini telah beroperasi sejak awal 90an, sudah pasti peralatan dan jentera sudah usang dan ketinggalan zaman. Ia perlu diganti kerana jangka hayatnya ada yang sudah menjangkau 25 tahun. Lagipun, zaman sudah berubah. Peralatan moden harus digunakan.




Pembinaan Taman Tema Baru  

Pada tahun 2013, Resort World Genting mengumumkan untuk membuka Taman Tema Luar baharu yang lebih moden dan menarik. Kerjasama dengan 20th Century Fox Studios semestinya memberikan suatu kelainan dan daya tarikan istimewa. 

Taman Tema (Genting Fox Theme Park) akan menggunakan banyak Karakter daripada filem terbitan Fox Studios seperti Ice Age, Night At The Museum, Rio dan Alien Vs Predator.

Pada peringkat awal pembinaan pada 2013, jangkaan Taman Tema ini disiapkan adalah pada 2016. Namun begitu, berlaku kelewatan yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan penangguhan kepada tahun 2018.

Sebenarnya, Taman Tema Dalam dan Luar turut dinaiktaraf oleh syarikat Resort World Genting. Taman Tema Dalam (dikenali sebagai Skytropolis) sudah siap dan dibuka pada tahun 2018 yang lalu. Tetapi Taman Tema luar masih dalam pembinaan sehinggalah sekarang walaupun sepatutnya dibuka pada tahun 2018.

Perancangan untuk dibuka pada tahun 2019 juga tidak kesampaian dan mengalami penangguhan. Tahun 2020 pula berlaku serangan wabak Covid-19 yang menyebabkan penangguhan lagi.



Penjenamaan Semula Taman Tema Luar.

Pada tahun 2020 (Jun), Genting menjenamakan semula Taman Tema Luar dengan nama baharu iaitu Genting Skyworld dan dijangka dibuka pada pertengahan 2021. Ertinya, ditangguh lagi akibat wabak Covid-19. Disebabkan 20th Century Fox Studio telah di ambil alih oleh syarikat Disney, mungkin perubahan nama ini dilakukan.



Bilakah Taman Tema Luar Genting SkyWorlds Akan Dibuka?

Inilah soalan popular yang selalu diajukan. Taman Tema yang mengandungi banyak karakter Fox Studio ini telah diumumkan dibuka pada pertengahan 2021. Apakah ia akan berlaku? Kita nantikan sahaja tahun 2021.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda dapat melihat (samaada dari Cable Car atau SkyAvenue Complex), keindahan Taman Tema Genting SkyWorld yang sudah lama dinantikan.


Maklumat Tambahan/Lanjut Jika Anda Ingin Tahu:



Gambar2 Taman Tema Luar Genting Skyworlds

Di bawah ini ada beberapa gambar Taman Tema Skyworlds yang diambil pada pertengahan tahun 2020 yang lalu.
 

.


.

.


.

.

.

.

 
.
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang