Posts

Showing posts with the label #GentingOutdoorThemePark

Apakah Yang Terdapat di Genting Skyworlds?

Image
  Genting Skyworlds adalah sebuah Taman Tema Luar yang dibangunkan oleh Genting Highland bagi menggantikan Taman Tema Luar yang lama pada tahun 2013 yang lalu. Namun begitu, projek pembinaannya tertangguh sehingga sekarang (Januari 2021). Bermula dengan nama 20 th Century Fox World, Genting mengubah nama tersebut kepada Genting Skyworlds pada Jun 2020.   Dikenali juga dengan gelaran ‘The Most Anticipated Theme Park In South East Asia’, atau bermaksud Taman Tema yang sangat dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Taman Tema ini semestinya dinantikan sejak bertahun-tahun yang lalu kerana ianya dirancang untuk dibuka pada tahun 2016.   Taman Tema Genting Skyworlds dibina berkonsepkan Filem-Filem terkenal terbitan 20 th Century Fox Studios yang dirancang pada tahun 2013 yang lalu. Antara Filem-Filem tersebut adalah:     - Night At The Museum. Filem ini semestinya masih dikenali sehingga ke hari ini. - I ce Age. Sebuah Filem Animasi mengisahkan tentang zama...

Kronologi Pembinaan Taman Tema Luar Genting Highland (Skyworlds) 2013 Hingga Feb 2021

Image
Berikut adalah sejarah serba sedikit tentang pembinaan Taman Tema Luar Genting Highland. Penerangan ini adalah dalam bentuk kronologi pembinaan kerana ia masih belum siap.   1990an hingga 2013  - Taman Tema Luar yang lama beroperasi. .    July 2013  - Resort World Genting (RWG atau Genting Malaysia Berhad, atau Genting) menandatangai perjanjian dengan 20th Century Fox Studio (juga dikenali dengan nama 21th Century Fox Studio) untuk pembinaan Taman Tema baru yang akan menggunakan banyak Karekter dari filem-filem Blockbuster 20th Century Fox Studios. Jangkamasa siap pada akhir tahun 2016. Nama Taman Tema ini dikenali sebagai 20th Century Fox World. *20th Century Fox World juga merupakan Taman Tema pertama yang di bawah jenama Fox Studios. .   Sep 2013  - Taman Tema Luar ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf. . Oct 2015  - Pihak RWG mengumumkan kelewatan penyiapan Taman Tema Luar kerana faktor kelemahan matawa...

Taman Tema Luar Genting Highland (Genting Outdoor Theme Park - Skyworlds)

Image
Pengenalan Genting Highland sememangnya terkenal dengan kehebatan Taman Tema Luar suatu ketika dahulu sejak tahun 90an lagi (malah 80an). Sebelum kewujudan Taman Tema Sunway Lagoon dan Berjaya Times Square, Teman Tema Genting telah menjadi kunjungan wajib bagi peminat taman tema. Kini semakin banyak Taman Tema besar yang wujud seperti Legoland. Sekiranya anda generasi berusia 30an atau 40an, semestinya Taman Tema Genting telah menyimpan banyak memori zaman kanak2 dahulu. Di bawah sana adalah Arena Of Stars. Taman Tema Luar terletak tidak jauh dari sini. Taman Tema Luar Genting Highland dapat dilihat dengan jelas dari Awana Cable Car. Ketika menuju ke Kompleks SkyAvenue Apakah Yang Berlaku Sekarang? Benar, Taman Tema Luar telah dirobohkan pada tahun 2013 bagi memberi laluan untuk pembinaan taman tema yang baharu dan moden. Maklumlah, Taman Tema ini telah beroperasi sejak awal 90an, sudah pasti peralatan dan jentera sudah usang dan ketinggalan zaman. Ia perlu diganti kerana jangka hayatn...