Melawat Muzium-Muzium di Bandar Melaka Dalam Masa Sehari.
Muzium2 dan Galeri di bawah kelolaan PMM sahaja sudah hampir 30 buah!! |
Jika anda tidak tahu atau belum tahu, negeri Melaka mempunyai muzium dan galeri yang sangat banyak iaitu
melebihi 30 puluh buah (mungkin sekitar 35). Ini tidak termasuk muzium atau
galeri tambahan/persendirian dan swasta yang tidak didaftarkan.
Tidak mungkin anda mampu mengunjungi kesemua Muzium dan galeri tersebut. Atau tidak mungkin mampu dalam sehari dua. Lihat sahaja senarai muzium2 yang begitu banyak:
Tidak mungkin anda mampu mengunjungi kesemua Muzium dan galeri tersebut. Atau tidak mungkin mampu dalam sehari dua. Lihat sahaja senarai muzium2 yang begitu banyak:
- Muzium Pemerintahan Demokrasi
- Muzium Yang Dipertua Negeri Melaka
- Muzium Pendidikan Melaka
- Galeri Laksamana Cheng Ho
- Galeri Golf Melaka
- Muzium Samudera
- Muzium Samudera Fasa 2
- Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
- Muzium Belia Malaysia dan Balai Seni Lukis Melaka
- Galeri Seni Rakyat
- Muzium Rakyat, Layang2, Kecantikan dan Galeri 3D
- Muzium Islam Melaka
- Muzium Orang Asli
- Muzium Adat Istiadat
- Muzium Pertanian
- Galeri Demang Abdul Ghani
- Muzim Chetti
- Muzium Al-Quran Melaka
- Galeri Ketua Menteri
- Muzium Pengangkutan
- Galeri Balai Polis Batang Tiga
- Muzium Kapal Selam
- Istana Kesultanan Melaka
- Galeri Melaka
- Muzium Setem Melaka
- Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
- Muzium Pulau Besar
- Muzium Sastera
- Muzium Sejarah & Etnografi
- Muzium UMNO.
Anda boleh melawat sebahagian besar muzium yang terletak di tengah bandaraya Melaka (berdekatan dengan A'Famosa). Hanya dengan berjalan kaki sahaja anda mampu melawat lebih
kurang 20 buah muzium/Galeri yang menarik. Ianya memang memenatkan tetapi
sangat seronok dengan suasana pelancongan yang santai.
Bagaimana? Jika anda lihat peta di bawah anda akan mendapati kesemua muzium2 ini berada dalam jarak yang dekat. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih yang mana ingin dilawati dan mana permulaan/hujungnya. Samada bermula dari Istana Kesultanan Melaka atau dari Muzium Sejarah & Etnografi, bergantung kepada perancangan anda.
Namun begitu, semestinya sukar untuk menyelesaikan semua muzium ini. Tidak mungkin boleh melawat kesemuanya dalam masa sehari. Anda boleh memilih muzium2 yang diminati dan melawat. Adalah dicadangkan untuk melawat muzium2 yang menarik seperti di bawah:
Muzium2 yang ditandakan warna hijau adalah antara tarikan utama.
- Muzium Belia Melaka
- Muzium
Sejarah & Etnografi (RM 6 untuk 5 Muzium)
- Muzium Samudera (Replika Kapal Portugis)
- Muzium Samudera Fasa 2
- Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (RM 3)
- Muzium Islam Melaka (RM 3)
- Muzium Rakyat (RM 5)
- Muzium Setem Melaka (RM 3)
- Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (RM 5)
- Istana Kesultanan Melaka (RM 5)
- Muzium Yang Dipertua Negeri
- Muzium Pemerintahan Demokrasi
- Muzium Sastera Melaka
- Muzium Pendidikan Melaka
- --------------------------------------------
- Muzium Kastam DiRaja Malaysia.
- Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (TUTUP)
- Pintu Santiago (A'Famosa) dan Gereja Saint Paul (di atas bukit)
- Muzium UMNO (RM 2)
- Muzium Senibina (RM 3).
Selain itu, anda juga boleh menaiki menara Taming Sari dan Melaka River Cruise yang terletak di sekitar kawasan ini. Sambil melaksanakan aktiviti2 berikut:
- Melawat Pameran2 dan Galeri di Luar (Taman berdekatan)
- Menaiki Beca Cantik berlagu.
- River Cruise (menaiki bot menyusuri Sungai Melaka)
- Menara Taming Sari (menaiki menara tinggi).
- Melawat Galeri Kraf (dalam komplek membeli belah)
Muzium Samudera yang menarik |
Masuk ke Galeri Cenderahati & Tradisional |
beca yang cantik dan berlagu |
Pesawat lama berdekatan Taman. |
Keretapi lama berdekatan taman |
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (tetapi tutup) |
Istana Lama Melaka |
Galeri Laksamana Cheng Ho |
bangunan lama Stadthuys yang merupakan Muzium Sejarah & Etnology |
Muzium UMNO |
Melaka River Cruise |
Comments
Post a Comment