Hutan Lipur Serting Ulu, Simpang Pertang
Sungai Serting yang mengalir dari puncak bukit merupakan daya tarikan hutan lipur ini untuk kegiatan berkhelah dan bermandi manda. Hutan lipur ini juga luas dan anda boleh berjalan ke dalam hutan untuk beriadah dan merentas hutan. Hutan lipur ini kurang dikenali oleh orang-orang Negeri Sembilan kerana berada di kawasan pedalaman yang jauh dari Bandar.
Terletak berdekatan dengan pekan Simpang Pertang iaitu sekitar 2 KM dimana anda perlu melalui jalan Simpang Pertang-Bahau. 30KM dari pekan Kuala Pilah dan 70Km dari bandar Seremban. Lebih mudah jika menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sini.
Simpang ke kiri (dari Bahau/Kuala Pilah) untuk masuk ke Hutan Lipur yang ditutup oleh pokok. |
Kemudahan yang terdapat di hutan lipur ini memang lengkap
seperti tandas, pondok rehat, tapak perkhemahan, dewan terbuka, surau dan kedai makan. Tetapi disebabkan kurang pengunjung,
kemudahan seperti kedai makan hanya dibuka jika ada pengunjung yang datang.
Air terjun yang mengalir walaupun kecil tetapi airnya bersih & segar |
Anda boleh berjalan2 untuk menyusuri hutan. Jarak paling hujung untuk ke dalam mungkin sekitar 1 KM. |
Terdapat kolam mandi berdekatan dengan pintu masuk hutan lipur ini |
Pondok Rehat |
Kolam mandi di dalam hutan lipur yang menarik |
Kem Motivasi & Latihan
Kawasan sekitar hutan lipur ini kerap menjadi tempat
menjalankan kem motivasi dan team building. Terdapat Kem Berhulu yang terletak
dengan hutan lipur ini dan pelajar2 sekolah dan universiti sering menjadikan
ini lokasi kem latihan mereka. Lokasi yang jauh dari bandar menyebabkan tempat ini sesuai untuk latihan dan perkhemahan motivasi. Kemudahan dan keadaan kem ini juga sangat memberangsangkan.
Kem Berhulu |
Terdapat kolam besar untuk aktiviti air |
Kemudahan chalet2 dan dewan2 yang terdapat di kem ini |
Comments
Post a Comment