Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah

Pekan Seri Menanti terletak di daerah Kuala Pilah. Ia merupakan bandar Diraja kerana disini terletaknya Istana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari bandar Seremban sekitar 40 KM dan 15 KM dari pekan Kuala Pilah.



Simpang Tiga pekan Seri Menanti. Belok kanan untuk ke Muzium.

Pintu Gerbang Seri Menanti



Muzium Diraja Seri Menanti kini dibuka setelah sekian lama ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan. Terletak bersebelahan dengan Seri Menanti Resort, Muzium ini dahulunya adalah Istana Lama dengan senibina tradisional yang dibina pada tahun 1908.

Pagar masuk ke Muzium. Boleh parking di dalam.

Masuk adalah percuma dan muzium ini dibuka pada waktu pejabat dan pada cuti umum. Apa yang menarik tentang Muzium ini adalah ianya dibina tanpa menggunkan paku oleh tukang kayu yang sangat mahir. Terdapat taman berhadapan dengan istana lama ini yang luas dan indah. Sesuai untuk bergambar.







Pemandangan taman dari atas beranda

Pandangan hadapan Istana Lama


Di dalam muzium terdapat galeri atau gambar-gambar dan penerangan tentang sejarah Negeri Sembilan, asal usul masyarakat dan budaya. Muzium ini adalah empat tingkat tetapi hanya dua tingkat iaitu pertama dan kedua sahaja yang dibuka.

Galeri Diraja


Sejarah Negeri Sembilan








Galeri dan pemandangan dalam istana yang kelihatan usang


Ruang tamu tingkat atas



Jenis-jenis kayu yang digunakan dalam pembinaan



Muzium ini memegang rekod Istana Kayu paling tinggi


Walaubagaimanapun, kandungan maklumat muzium ini agak kurang kerana ianya baru dibuka. Konsep pameran lebih kepada bentuk papan tanda maklumat yang mudah alih dan cepat. Konsep pemeran menggunakan elektronik, panorama, patung, mural atau lukisan besar memerlukan masa untuk disediakan. Namun begitu, lawatan ke muzium ini adalah menarik kerana ciri-ciri senibinanya yang mengkagumkan (4 tingkat) dan berkonsepkan tradisional.


Beranda di tingkat dua




Pemandangan taman dari beranda




Pemandangan Atap



Rumah Tukang Kayu yang mahir


Mungkin pada masa hadapan pihak Muzium akan menambah lebih banyak pameran atau bahan-bahan maklumat untuk pelawat. Semoga lebih ramai lagi pelancong yang akan melawat muzium ini.



(C) Copyright 2019. NSTOS. 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3