Gunung Angsi (Melalui Bukit Putus), Kuala Pilah
Gunung Angsi terletak di Seremban, Negeri Sembilan (sempadan daerah Kuala Pilah/Seremban sebenarnya). Terdapat dua laluan pendakian iaitu melalui Bukit Putus (senang) dan Ulu bendul (lebih sukar). Sekiranya anda masih baru dan tidak biasa dengan aktiviti pendakian, anda digalakkan mendaki melalui Bukit Putus. Sekiranya mahu mendaki dari Ulu bendul, klik disini.
Kemudahan yang terdapat di pondok ini adalah Tandas, Surau dan Gerai Mini. Kawasan Parking kenderaan banyak tetapi pada hujung minggu, ramai pendaki yang mengunjungi menyebabkan sesiapa yang lewat perlu parking jauh.
Panduan Pendakian
Trek mendaki dari bukit Putus mudah sahaja dan tidak mengelirukan. Tempoh pendakian adalah sekitar 2 hingga 4 jam bergantung kepada kamampuan masing-masing. Jarak pendakian adalah sekitar 4 KM. Sekiranya anda mendaki pada hujung minggu, ramai pendaki-pendaki lain akan turut menemani anda dan anda boleh bersama-sama mendaki. Selamat mendaki sehingga ke puncak gunung.
Di puncak gunung, aktiviti yang boleh dilakukan adalah bergambar, memasak dan berehat dan membawang. Pendaki kebiasaannya akan berada di puncak sekurang-kurangnya sejam.
(C) Copyright 2019. NSTOS.
Pondok dan tangga permulaan mendaki ke Gunung Angsi. Boleh letakkan kenderaan anda berdekatan jika ada ruang kosong. |
Kaunter Permit. Pendaftaran dan permit adalah RM 5 |
Peraturan Jabatan Hutan yang jarang dibaca oleh kita. |
Kemudahan yang terdapat di pondok ini adalah Tandas, Surau dan Gerai Mini. Kawasan Parking kenderaan banyak tetapi pada hujung minggu, ramai pendaki yang mengunjungi menyebabkan sesiapa yang lewat perlu parking jauh.
Trek mendaki dari bukit Putus mudah sahaja dan tidak mengelirukan. Tempoh pendakian adalah sekitar 2 hingga 4 jam bergantung kepada kamampuan masing-masing. Jarak pendakian adalah sekitar 4 KM. Sekiranya anda mendaki pada hujung minggu, ramai pendaki-pendaki lain akan turut menemani anda dan anda boleh bersama-sama mendaki. Selamat mendaki sehingga ke puncak gunung.
Pemandangan di puncak Gunung Angsi berketinggian 825M |
Di puncak gunung, aktiviti yang boleh dilakukan adalah bergambar, memasak dan berehat dan membawang. Pendaki kebiasaannya akan berada di puncak sekurang-kurangnya sejam.
(C) Copyright 2019. NSTOS.
Comments
Post a Comment