Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah





Lokasi Jeram ini agak jauh ke pedalaman di Daerah Kuala Pilah dan berdekatan dengan perkampungan orang asli Kg Guntur, Batu Kikir. Sesiapa yang pertama kali datang pasti akan berasa hairan dengan jarak perjalanan yang masuk ke dalam hutan dara. Anda juga akan melalui perkampungan orang asli.

Jeram ini sebenarnya mempunyai air terjun yang menarik dan sesuai untuk bermandi manda ditambah pula dengan sumber airnya yang bersih. Sebenarnya jeram ini telah dinaiktaraf selepas tahun 2010 kerana banyak kemudahan yang rosak pada ketika itu. Kerja2 menaiktaraf terus dijalankan sehingga tahun 2016.


Tangga menuju ke pejabat

Jeram & air terjun di kawasan bawah hutan rekriasi


Mercu dan papan tanda penerangan ini mungkin sudah berusia lebih 20 tahun.



Tetapi kehadiran pengunjung ke jeram ini agak kurang mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke pedalaman. Sebenarnya, situasi terpencil ini yang menyebabkan jeram ini agak menarik untuk dikunjungi. Terletak di Hutan Simpan Serting, jeram ini terbentuk secara semula jadi akibat aliran deras dari Sungai Jempol dan Sungai Tanun.

Anda boleh berjalan sekitar 1 KM dari tempat parking kereta untuk naik ke atas tingkatan air terjun yang jauh ke dalam hutan. Terdapat titi jambatan kayu yang menarik sepanjang kira2 400M untuk anda tempuhi. Ini membolehkan anda berjalan2 sambil menikmati pemandangan yang indah.


Perjalanan untuk ke hujung hampir 1 KM sambil meniti jambatan kayu




Jambatan laluan kayu ini merentasi sungai, air terjun & jeram




Laluan jambatan kayu ini pernah mengalami kerosakan teruk pada tahun 2010.


Terdapat banyak lokasi jeram & air terjun yang anda boleh pilih untuk mandi
 
Antara air terjun yang cantik di kawatan atas


Terdapat trek lagi untuk merentas hutan

Aktiviti yang boleh dilakukan semestinya bermandi manda, berkhelah, memasak, merentas hutan, beriadah dan bergambar. Hutan lipur ini tidak dikenakan bayaran masuk dan waktu lawatan kelihatan seperti tidak terbatas. Suasana di hutan lipur/jeram ini juga agak sunyi dan tenang.

Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti tandas, surau, tempat letak kereta/bas, pejabat, kedai makan, pondak rehat, tapak perkhemahan dan lain2. Tetapi kerana bilangan pengunjung yang terhad pada hari biasa, terdapat kemudahan yang hanya di buka pada hujung minggu sahaja. Terdapat juga kemudahan yang kelihatan sudah usang seperti surau.

Kemudahan pondok rehat yang banyak untuk berkhelah


Mungkin adalah pejabat atau chalet.

Kedai makan ditutup pada hari biasa

Surau kelihatan ditutup dan tiada air. Seperti sudah lama tidak digunakan.
 
Tapak perkhemahan. Dahulu di sini terdapat chalet yang sudah usang pada tahun 2016.

Tempat parking yang luas. Bas juga boleh parking di sini.

Loji Rawatan Air ini di atas bukit, dibina pada tahun 2016.

Masjid Kg. Tekek untuk persinggahan. Anda akan lihat sebelum sampai ke simpang Jeram Tengkek.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3