Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Utama untuk mandi manda di Kawasan Perkhelahan Sungai Pertak


Terletak selepas Perkampungan Orang Asli Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Selepas memandu sekitar 15 KM dari pekan KKB (Kuala Kubu Baharu), melalui kawasan Empangan dan Tasik Sungai Selangor yang indah, kemudian anda akan melepasi Jambatan panjang dan belok kanan untuk ke sini.

Bayaran masuk adalah RM 1 sahaja yang dibayar di Pondok Kawalan orang asli.

Kawasan ini merupakan lokasi untuk berkhelah, bermandi manda dan perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi. Air Terjun, Jeram dan Sungai yang mengalir memberikan anda satu suasana yang menarik. Anda boleh datang ke sini untuk memasak BBQ dan bersantai sambil menikmati keindahan alam.

Tetapi kawasan ini tidak dibangunkan menjadi Taman Eko Rimba atau Hutan Lipur setakat ini. Oleh itu, kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat, Pejabat dan lain-lain tidak disediakan. Hanya kemudahan Parking sahaja yang baru disediakan. Mungkin pada masa akan datang, lebih banyak kemudahan akan dibina.

Semestinya lokasi ini merupakan Kawasan Perkhemahan yang menarik dan paling penting, ia adalah pintu masuk kepada lokasi-lokasi tumpuan lain seperti:

-Lata Medang. Kawasan Air Terjun dan Jeram yang menarik untuk aktiviti bermandi manda dan berkhelah. Anda perlu trekking/menjelah hutan sekitar 1 jam untuk ke sini.

-Bukit Kutu. Bukit ini sangat terkenal dan kerap didaki oleh ramai orang terutamanya dari Lembah Klang. Trek laluannya juga bertahap sederhana susah dan bukit ini berketinggian lebih sedikit dari 1000 meter. Pemandangan di puncak juga agak menarik untuk dinikmati dan tempoh pendakian juga tidaklah terlalu penjang. Terdapat Banglow peninggalan zaman British di puncak Bukit Kutu.

-Lata Mekau. Seperti juga Lata Medang, Lata Mekau terletak di dalam hutan dimana ianya juga merupakan laluan trek untuk ke Gunung Rajah. Tetapi untuk ke sini, anda perlu merentas hutan lebih panjang sedikit iaitu hampir 2 jam.

-Gunung Rajah. Gunung setinggi lebih kurang 1650 meter dari paras laut ini sebenarnya lebih kerap didaki dari Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang. Namun, jika anda suka cabaran yang lebih bolehlah mendaki dari Sungai Pertak atau KKB. Tetapi biasanya, pendaki dari KKB akan mengambil masa dua hari satu malam untuk perjalanan pergi dan balik.


Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

Kawasan Parking utama selepas kampung orang asli.
.


Masuk ke dalam untuk lebih banyak kawasan perkhelahan dan Starting Point.
.


Kawasan parking tambahan di dalam.
.


.


Banyak kawasan perkhelahan dan bermandi-manda yang boleh anda pilih.
.


.


Jambatan Gantung dan laluan trek ke hutan.
.


Terus masuk ke dalam trek hutan ini untuk ke lokasi-lokasi lebih menarik.
.


.



.


.


Jeram yang menarik untuk mandi.
.


Aliran Air Terjun Sungai Pertak akan terus ke Tasik Empangan Sungai Selangor

.

Ramai juga pengunjung yang datang ke sini bukan untuk berkunjung ke Kawasan Rekriasi Sungai Pertak, tetapi untuk menuju ke lokasi-lokasi menarik seperti yang dinyatakan tadi. Sebab itulah lokasi ini merupakan 'Starting Point' untuk ke lokasi menarik yang lain.

Jika anda pernah berkunjung ke sini sebelum tahun 2016, tempat ini boleh dikatakan seperti masih belum diteroka dengan hanya ada jalan tanah merah. Kawasan Parking juga di tanah lapang, bahu jalan atau mana-mana yang ada kosong sahaja. Tiada bayaran dikenakan pada ketika itu.

Maklumat Lain
-Tiada stesen minyak terdekat dari sini. Hanya ada stesen minyak di pekan KKB sahaja.
-Kawasan menarik berdekatan adalah Air Terjun Sungai Chilling dan Empangan Sungai Selangor. 
-Aktivti pendakian mungkin memerlukan permohonan permit seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Perhutanan Negeri.


Comments

Popular Post

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang