Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor
Pantai Desaru dari pandangan udara |
Satu ketika dahulu, tidak ramai yang mengetahui dimanakah Desaru kecuali orang-orang Johor. Tetapi sejak 2012, Desaru telah menjadi kawasan perlancongan pantai terkenal di seluruh Malaysia. Sedangkan kewujudannya sebenarnya sudah lama.
Mungkin pembinaan Jambatan Sungai Johor yang panjang dan Lebuhraya Senai-Desaru menjadi pemangkin utama kepada populariti Desaru. Tetapi sebenarnya Projek RAPID di Pengerang juga menjadi faktor penting kemajuan di Desaru.
Pantai Desaru sangat panjang dan banyak kawasan yang boleh dilawati. Cumanya beberapa kawasan pantainya sudah dimiliki oleh Hotel-Hotel atau Resort yang terletak di lokasi tersebut. Oleh itu, anda perlu menyewa bilik di Hotel/Resort atau membayar yuran masuk jika mahu menggunakan kawasan pantai mereka.
Jangan risau kerana antara kawasan tumpuan utama di Desaru adalah Pantai Awam Desaru yang terbuka kepada semua pengunjung. Bayaran murah juga dikenakan untuk masuk ke kawasan ini dengan ruang parking kenderaan yang luas.
Pantai Awam Desaru
Kemudahan asas yang lengkap terdapat di kawasan ini seperti Tandas, Pondok Rehat, Tapak Perkhemahan, Kedai Makan, Kedai Sewa Alat Sukan Air dan lain-lain.
Aktiviti besar seperti Karnival dan Hari Keluarga boleh diadakan di sini (malah selalu diadakan dulu) kerana terdapat kawasan yang luas.
Aktiviti utama di sini semestinya yang berkaitan dengan laut dan pantai seperti bermandi manda, bermain pasir, berkhelah pantai, menaiki bot atau Jetski, bermain layang-layang dan sebagainya.
Kawasan ini agak sibuk terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah. Apatah lagi jika aktiviti besar seperti karnival atau kejohanan sukan diadakan, kawasan parking sampai tidak cukup.
Cuma kemudahan penginapan tidak disediakan kerana ia bukanlah lokasi atas tujuan tersebut.
Tapi, apakan daya Pantai ini ditutup kerana PKP. Mungkin sudah hampir 10 bulan ia ditutup.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Maaf, Pantai Awam Desaru tutup lagi sejak PKP pertama. |
.
Pantai Awam Desaru dilihat dari Udara. |
.
Pantai Awam Desaru juga agak luas untuk melaksanakan aktiviti yang besar |
.
Air laut di sini masih dalam keadaan bersih. Jangan risau. |
.
Dari pandangan lebih tinggi, kelihatan beberapa Resort & Hotel disepanjang Pantai Desaru |
Lokasi-Lokasi Menarik Lain Yang Berdekatan.
Pantai Awam Desaru tadi hanyalah sebahagian kecil lokasi menarik di Desaru kerana banyak lagi tempat menarik yang anda boleh singgah. Bezanya, lokasi lain mungkin terdapat di Hotel-Hotel atau Resort di bawah ini. Banyak lagi daya tarikan, aktiviti dan keseronokan yang mereka tawarkan. Tambahan pula, Hotel/Resort mereka agak luas dan terletak di tepi pantai Desaru.
Antara Hotel-Hotel menarik adalah:
-Lotus Desaru.
-Sand & Sandals Resort.
-Chalet
Lotus Desaru adalah antara Hotel tepi pantai yang terkenal di sini dan sudah lama wujud. |
.
Satu lagi Resort berkonsepkan Chalet terletak di tepi Pantai Desaru. Tapi ditutup ketika PKP. |
Resort/Hotel Sand & Sandals di Pantai Desaru |
Antara kawasan perumahan mewah yang telah dibangunkan di Desaru Damai. |
Apartment & Kondominium mewah di Desaru Damai. Ada juga Taman Tema Air disana. |
.
Semestinya, kawasan perumahan berkensepkan pelancongan atau Residensi Mewah ini berdekatan dengan pantai yang cantik. |
.
Comments
Post a Comment