DeerLand Mini Zoo (Taman Rusa), Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
Kuala Gandah, Lanchang, Pahang lebih dikenali sebagai kawasan Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Krau. Namun, tidak jauh dari Pusat Gajah, terdapat satu lagi daya tarikan yang sebenarnya sudah lama wujud iaitu DeerLand atau Taman Rusa.
Telah wujud sejak tahun 2007, DeerLand merupakan Mini Zoo yang menempatkan berbagai sepsis haiwan-haiwan kecil seperti Burung, Ayam, Ular dan terutama sekali adalah spesis Rusa.
Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM 7 dan anda akan diberikan Kupon untuk ditukarganti dengan sebekas kecil Lengkuas sebagai makanan untuk Rusa nanti.
Banyak sepsis Haiwan yang terdapat di sini adalah diimport dari Negara luar seperti Brazil, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.
Kemudahan asas yang terdapat di sini lengkap seperti Tandas, Surau, Pejabat dan Parking Kenderaan. Mungkin parking kenderaan agak terhad pada waktu puncak tetapi masih boleh parking di bahu jalan. Keistimewaan di sini adlaah terdapat Kedai Cenderahati dan Kedai Serbanika kecil.
Namun begitu, kemudahan lain seperti Kedai Makan dan Dewan tidak terdapat di sini. Jika anda lapar, bolehlah singgah ke kedai di Kampung-Kampung hadapan berdekatan dengan Jalan Besar.
.
.
Comments
Post a Comment