Air Terjun Serendah, Serendah, Hulu Selangor




Terletak tidak jauh dari pekan Serendah iaitu kira-kira 4 KM dari jalan besar. Air Terjun serendah merupakan destinasi menarik untuk disinggah jika anda melalui pekan ini dan berkelapangan.

Kawasan Rekriasi Air Terjun serendah boleh dikatakan agak kecil jika dibandingkan dengan Hutan Lipur dan Taman Eko Rimba yang lain. Namun, ia sudah memadai untuk anda merasa keseronokan Air Terjun dan bermandi manda di lokasi yang dekat dengan perkampungan dan taman perumahan.

Bayaran masuk RM 2 dikenakan jika anda mahu bermandi-manda dan berkhelah jangka pendek.

Kemudahan asas terdapat di lokasi ini seperti Parking Kenderaan, Tandas, Pondok Rehat dan Surau. Terdapat Gerai-Gerai kecil yang menjual makanan ringan dan minuman. Tempat meletak kenderaan boleh dikatakan agak luas tetapi jika pada musim cuti sekolah atau puncak, mungkin agak terhad.

Kemudahan tambahan seperti Kem dan Dewan tidak terdapat di sini kerana kawasan rekriasi ini kecil sahaja. Hanya terdapat sebuah lokasi Jeram/Air Terjun untuk mandi dan beberapa kawasan mandi sungai yang terhad jika ramai pengunjung.

Ramai pengunjung yang datang ke sini untuk bermandi manda dan hanya balik hari sahaja kerana lokasi ini tidak terdapat sebarang kemudahan Chalet atau tapak perkhemahan besar.

Kawasan Rekriasi Air Terjun Serendah mungkin terletak di bawah keliaan penduduk di sini dan Orang Asli. Lokasi Air Terjun ini juga tidak jauh dari kawasan perkampungan orang asli yang anda boleh lihat semasa dalam perjalanan ke sini.



Maklumat Lain.

-Stesen minyak dan kemudahan kedai terdekat di Pekan Serendah.
-Tempat menarik lain adalah Telaga Serendah. 

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

 

.


.


.


.


.


.

 

.


.


.



.

.


.



.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang