Jeram Besu, Mukim Benta, Raub, Pahang.


.



Terletak di daerah Raub, dimana Sungai Lipis dan Sungai Dong akan bergabung dan kemudian mengalir ke satu kawasan perkampungan yang terdapat Jeram. Aliran sungai yang membentuk kolam besar ini dikenali dengan nama Kampung Jeram Besu. Kedudukan Kampung Jeram Besu terletak di Mukim Benta adalah selepas pekan Dong dan sebelum Pekan Benta.

Simpang ke Jeram Besu hanyalah di tepi Jalan Utama dimana terdapat kawasan Parking kenderaan yang tidak jauh dari Sungai. 

 

Kemudahan yang terdapat di sini adalah terhad kerana kawasan ini hanyalah sebuah tapak dan lokasi kecil sahaja. Terdapat bangunan Pejabat/Stor, Parking Kenderaan, Tandas dan sebuah kedai makan berdekatan lokasi ini. Laluan ke Sungai Lipis adalah di sebelah Pejabat di bawah sana yang terdapat Pondok Rehat dan Menara Tinjau yang usang. Kemudahan yang lengkap dan lebih tersusun terdapat di Resort berdekatan dimana anda perlu melalui satu simpang kecil.

 

Kebiasaannya, pengunjung akan masuk ke satu Resort tidak jauh dari sini iaitu dikenali dengan nama Countryview Recriation Park. Pengunjung telah membuat tempahan awal dan merancang aktiviti yang hendak dilakukan dengan dikawalselia oleh pengurusan Resort.

 

Aktiviti yang biasa dilaksanakan adalah sukan air seperti berkayak, bermandi manda dan berkhelah di tepi sungai. Sukan seperti White Water Rafting dan Berakit merentasi/menjelajah Sungai Lipis juga boleh dilakukan di sini. Namun begitu, air Sungai Lipis kelihatan agak keruh sejak kebelakangan ini tidak seperti beberapa tahun yang lalu. Mungkin disebabkan musim tengkujuh atau penerokaan hutan.

 

Countryview Recriation Park yang terdapat di lokasi ini adalah Resort yang menawarkan kemudahan Chalet, Sajian, Peralatan Sukan Air dan Jurupandu untuk pengunjung melaksanakan aktiviti-aktiviti menarik. Selain itu, di Resort ini juga terdapat kemudahan sukan seperti Flying Fox dan Abseiling. Mereka mempunyai peralatan seperti Rakit, Bot Berkumpulan (Rafting), Kayak dan lain-lain untuk disewa. Bagaimanapun ketika lawatan, Resort ini ditutup kerana PKPB dan musim tengkujuh. Oleh itu, tiada maklumat lanjut dapat diberikan buat masa ini.

 

Sungai Lipis yang mengalir ada kalanya sangat deras terutama pada musim tengkujuh. Jika terlalu deras, aktiviti sukan air dan bermandi manda tidak boleh dilakukan dan sangat merbahaya. Pengunjung sekadar boleh mengambil gambar. Bagaimanapun, sukan lasak seperti White Water Rafting memerlukan arus yang kuat untuk dilaksanakan dengan menarik apatah lagi jika ditambah dengan aliran sungai yang berbatu dan berliku-liku. Maka, laporan penuh akan dikemaskini apabila PKP berakhir kelak dan kawasan ini kembali dibuka.

 

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:


 .

 


.


.


.


.


.


.


.


.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3