Hutan Lipur Kancing, Rawang, Selangor
Terletak di jalan lama antara Selayang ke Rawang iaitu hanya di tepi jalan besar sahaja. Jika anda mahu ke sini, simpangnya adalah di arah menghala ke Selayang/Kuala Lumpur. Bermakna anda perlu melakukan U-Turn jika mahu ke sini seandainya anda menghala ke arah Rawang. Tiada laluan rentas atau Fly-Over disediakan. Bayaran Masuk RM 3.
Bagaimanapun, lawatan pada bulan Dis 2020 yang lalu, hutan lipur ini ditutup kepada umum kerana pandemik atau juga PKP bersyarat. Mungkin juga kerajaan negeri tidak membenarkan Hutan Lipur ini dibuka ketika pandemik. Oleh itu, maklumat dan gambar penuh tidak dapat diberikan tetapi kami pernah berpengalaman berkunjung ke sini dahulu.
Dari luar, kelihatan Medan Selera dan Kedai yang terdapat di Hutan Lipur ini. Kemudahan asas yang lengkap semestinya terdapat di Hutan Lipur ini.
Sebelum Pandemik melanda, Hutan Lipur ini biasanya agak sesak pada musim cuti atau hujung minggu. Ini memandangkan ia amat dekat dengan Kuala Lumpur (kurang sejam perjalanan) dan senang diakses dari jalan besar. Kawasan Tempat Meletak Kenderaan di sini mungkin agak terhad pada musim puncak. Bagaimanapun, terdapat kawasan Parking tambahan yang disediakan tidak jauh dari sini.
Air terjun ini bertingkat dan menaik ke atas dimana anda boleh mendaki ke atas untuk melihat aliran air dan pemandangan yang lebih menarik. Tetapi harus berhati-hati dengan keadaan trek dan jurang yang merbahaya. Jika anda berminat dengan mendaki dan merentas hutan bersebelahan air terjun, anda boleh mendaki hingga ke atas.
Aktiviti berkhelah dan bermandi manda semestinya paling menarik di sini kerana suasana dan bentuk Air Terjun dan Jeram yang agak menarik. Bagaimanapun jika anda berkhelah sambil memasak makanan, ada ancaman monyet yang secara senyap-senyap akan mencuri makanan tersebut.
Kelihatan begitu banyak monyet liar yang berkeliaran walaupun sudah ditutup. Populasi monyet di sini semakin bertambah menyebabkan pengunjung perlu lebih berhati-hati kerana monyet seringkali mengganggu jika ternampak makanan. Tidak dinafikan monyet juga adalah gangguan terbaru di Hutan Lipur ini walaupun mereka adalah hidupan semulajadi di sini.
Mungkin jika Hutan Lipur ini ditutup, sedikit sebnayak akan memberkan lebih ruang untuk kebersihan persekitarannya terjaga kerana sebelum ini, banyak sampah sarah dibuang merata-rata dan mengotorkan suasana. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Suana di dalam hutan lipur. Maaf kerana hutan lipur ditutup ketika ini. |
.
.Kelihatan Lokasi Parking dan Kedai Makan.
.Sungai Kancing yang mengalir di luar.
.
.Simpang untuk ke lokasi Parking Tambahan
Jalan Keluar mudah sahaja di depan. |
Comments
Post a Comment