Projek Laluan Kanopy (Canopy Walkway) di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang


Projek Laluan Kanopy di Taman Negara Sungai Relau dari jauh. Sila baca maklumat lanjut.
 

Taman Negara Merapoh yang terletak di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang akan mendapat satu nafas baru dalam menambah aktiviti menarik di dalamnya. Paling menarik, aktiviti ini mudah diakses dan istimewa untuk mengembara terutama bagi pengunjung-pengunjung yang singgah tanpa tempahan.

 

Jika dibandingkan dengan laluan masuk dari Kuala Tahan (Jerantut) suasana di sana lebih meriah dengan pelancong dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Kuala Tahan. Sementara laluan masuk Sungai Relau (Merapoh) kurang meriah, mungkin kerana kurang daya tarikan yang terdapat di sekitar sini. Benar, memang terdapat bayak lokasi-lokasi menarik di Taman Negara Merapoh tetapi lokasinya agak jauh dari Sungai Relau dan perlu diakses menggunakan 4WD dan perlu jurupandu khas. Cuma aktiviti mendaki Gunung Tahan lebih menjadi pilihan di sini kerana ia lebih dekat dan mudah berbanding dari Kuala Tahan.

 

Pembinaan Laluan Kanopi yang terletak tidak jauh dari Pejabat PERHILITAN Merapoh dan boleh diakses dengan mudah akan memberikan satu keseronokan baru kepada pengunjung. Pengunjung boleh menikmati kindahan Taman Negara Sungai Relau pada ketinggian lebih 10 meter dari tanah dan mengambara ke dalam hutan melalui kawasan tinggi. Laluan Kanopi ini juga boleh dilalui pada waktu malam kerana ia ‘terasing’ daripada hutan. Selain dapat menikmati keindahan hutan dan pohon-pohon, pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan liar dengan selamat tanpa diganggu.

 

Jika di Kuala Tahan, Laluan Kanopy adalah dari pokok tinggi ke pokok tinggi dan tidak sesuai dilalui pada waktu malam dan cuaca buruk. Tetapi di Sungai Relau, Lalauan Kanopy ini dibina daripada konkrit yang kukuh dan platform laluan berada pada ketinggian sekurang-kurangnya 3 meter. Penggunaan konkrit memberikan ketahanan yang lebih walaupun pembinaannya serba sedikit merosakkan hutan di bawahnya.

 

Laluan Kanopy ini dianggarkan sepanjang 600 meter dan terdapat dua bulatan yang bersambung. Pengunjung akan melalui laluan ini dan membuat satu pusingan ke dalam hutan. Tidak dapat dipastikan apakah stuktur tambahan yang bakal dibina di sepanjang Laluan Kanopy ini dan bagaimanakah ia akan disusun atur nanti. Bagaimanapun, semestinya Laluan ini menarik untuk dilalui apabila siap kelak.

 

Apa yang pasti, anda tidak perlu berjalan terlalu jauh, menyewa 4WD dan Jurupandu untuk menikmati keindahan hutan dari Laluan Kanopy ini. Anda juga tidak perlu mendaki Bumbun (Pondok Tinjau) untuk melihat haiwan kerana Laluan ini sudah cukup tinggi untuk menikmati pemandangan.

 

Tarikh siap tidak dapat dipastikan. Mungkin akan siap pada bulan Jun 2021 atau lewat? Perkara ini sama-sama kita nantikan. Apapun, Taman Negara Sungai Relau perlu menambah lebih banyak daya tarikan seperti Chalet dan Resort agak dapat menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

Suasana sunyi di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang.
.


Peta Umum Taman Negara Merapoh.
.

Kebanyakan lokasi menarik di sini agak jauh untuk dikunjungi.

 


 

Gambaran Projek dari Darat.


Peta atau Lakaran Projek Laluan Kanopy
.

 

.


.


Laluan Kanopy ini akan merentasi Sungai Relau di bawah sana.
.


.




 

 

Gambaran Projek Dari Udara.
 

Di bawah sana adalah lokasi permulaan/pengakhiran Laluan Kanopi




.

 

.

 

.

 


.

 


.

 


.

 

 



Maklumat Lain

-Mungkin juga tarikh siap Laluan Kanopy ini akan lebih panjang atau lewat kerana PKP yang melanda.

-Memasuki Taman Negara Merapoh memerlukan permit. Sila lawati Page Taman Negara Pahang untuk maklumat lanjut.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3