Bukit Gala, Labu, Negeri Sembilan
Terletak di Hutan Simpan Bukit Galla, Nilai, Negeri
Sembilan. Starting point bukit ini berdekatan dengan perkampungan orang asli.
Terletak tidak jauh dari stesen Komuter Labu (arah selatan yang telah melintasi laluan keretapi).
Stesen KTM Komuter Labu biasanya menjadi lokasi berkumpul. Untuk sampai ke Staring Point, anda perlu melalui ladang kelapa sawit, Kampung Tekir dan kawasan perkampungan orang asli. Mungkin juga ada laluan lain yang sudah diteroka. Tetapi laluan Kampung Tekir (orang asli) lebih popular.
Masa pendakian ke Bukit Galla sekitar 2 ke 4 jam dan kategori kesukaran bukit ini mungkin pada tahap serderhana. Mendaki bukit ini tidaklah semudah yang disangka kerana laluannya sedikit mencabar dan berbukit. Tiada air terjun atau sungai yang ditempuh sepanjang pendakian. Ketinggian Bukit Galla adalah sekitar 613 meter dari paras laut.
Setelah separuh perjalanan ke puncak bukit, anda akan berjumpa dengan batu
yang besar dan cantik. Sesuai untuk bergambar di sini.
Cuma kekurangannya ialah tiada pemandangan indah di puncak Bukit
Galla dan hanya dilitupi pokok2 yang tinggi. Namun begitu, di puncak Bukit Galla terdapat kawasan yang cukup luas untuk berkhelah dan berehat sebelum turun. Satu lagi kelebihan di sepanjang pendakian ke bukit ini adalah talian talifon yang sentiasa baik.
Namun begitu, pada tahun 2018, penduduk kampung berdekatan dengan kaki bukit ini telah melarang orang ramai mendaki kerana banyak kesalahan yang dilakukan seperti merosakkan kebun dan tanaman. Oleh itu, anda harus mencari laluan lain untuk mendaki.
.
Comments
Post a Comment