Taman Rimba Templer, Jalan Selayang-Rawang, Selangor
Laluan Masuk Utama Taman Rimba Temple hanya di tepi Jalan Utama |
.
Lokasi Beriadah & Rehat di Taman Rimba Templer |
Terletak di jalan lama antara Selayang ke Rawang iaitu hanya di tepi jalan besar sahaja. Jika anda mahu ke sini, simpangnya adalah di arah menghala ke Selayang/Kuala Lumpur. Bermakna anda perlu melakukan U-Turn jika mahu ke sini seandainya anda menghala ke arah Rawang. Tiada laluan rentas atau Fly-Over disediakan.
Tiada bayaran masuk dikenakan dan kawasan Taman Rimba ini terbuka. Parking kenderaan juga percuma.
Taman Rimba ini tetap dibuka walaupun semasa pandemik melanda atau ketika PKPB kerana ini adalah juga lokasi untuk beriadah. Tetapi semestinya banyak lokasi-lokasi tertentu akan ditutup seperti kedai makan, gerai dan lain-lain kerana PKPB.
Sungai yang megalir di Taman Rimba ini kecil dan tidak pasti ianya sesuai mandi ataupun tidak. Tetapi jika air sungai selepas Loji Rawatan Air semestinya agak bersih dan boleh mandi. Terdapat kawasan mandi dan perkhelahan berdekatan dengan Loji Rawatan Air. Tetapi ditutup kerana tidak dibenarkan ketika PKP dan wabak Covid-19.
Kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Taman Rimba ini kelihatan usang dan ditutup. Mungkin ditutup sejak PKP yang pertama pada Mac 2020 ataupun sudah ditutup sejak sekian lama. Medan Selera, Surau dan Tandas kelihatan sudah lama ditutup dan mungkin sudah rosak.
Kemudahan asas lain yang terdapat adalah : Taman Permainan Kanak-Kanak, Kolam Mandi Air Terjun (Sebelum Loji Rawatan Air), Medan Selera, Tandas, Surau, Pondok Rehat, Kawasan Berkhelah dan lain-lain.
Namun, kemudahan seperti Chalet, Dewan Acara dan Kem Motivasi tidak terdapat di sini. Taman Rimba ini lebih berkonsepkan Taman Rekriasi perumahan bandar.
Di kawasan Taman Rimba ini juga terdapat Kem Latihan PLKN yang mungkin sudah ditutup seperti sedia maklum. Terdapat juga Sekolah Antarabangsa yang juga ditutup.
Berdekatan dengan Taman Rimba ini juga terdapat Loji Rawatan Air Sungai Rangkap.
Mungkin aktiviti riadah harian sesuai dilakukan di sini seperti berjoging dan berkhelah jangka pendek memandangkan kemudahan yang terhad. Penduduk setempat mungkin menjadikan lokasi ini untuk rutin harian riadah mereka.
Terdapat juga denai hutan untuk anda merentas hutan jika anda meminati aktiviti tersebut. Dikenali juga sebagai Rentis Hutan Taman Rimba Templer. Anda akan melalui denai hutan dan menempuh beberapa sungai seperti Sungai Gagah, Sungai Kancing dan Sungai Terusan. Terdapat Air Terjun yang memerlukan anda berjalan beberapa Kilometer untuk ke sana. Namun begitu, lokasi ini ditutup mungkin kerana PKP. Maka tiada gambar yang dapat diambil.
Mamandangkan Taman Rimba ini terbuka, ini menyebabkan ramai orang yang tidak berkenaan akan melepak dan mengotorkan tempat ini. Keadaan ini sedikit sebanyak mencemarkan dan boleh merosakkan kemudahan di sini.
Maklumat Lain
-Stesen Minyak tiada masalah kerana sebelah jalan utama.
-Lokasi menarik lain adalah Hutan Lipur Kancing terletak tidak jauh dari sini.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
.
Jika anda perasan, di sebelah kanan Papan Tanda ada simpang ke Kolam Mandi tetapi ditutup ketika ini. |
.
Papan Tanda yang kelihatan usang.Tetapi pada ketika ini banyak kawasan yang ditutup. |
.
Kawasan Beriadah dan Perkhelahan |
.
Pondok Rehat dan Kawasan Medan Selera |
.
Laluan masuk tambahan dan Taman Permainan Kanak-Kanak |
.
Pondok Rehat dan Tandas yang usang. |
.
Sungai kecil yang mungkin mengalir selepas Loji Rawatan Air. |
.
Medan Selera yang kelihatan seperti sudah lama ditutup. |
.
Kemudahan Surau yang juga kelihatan usang. |
.
.
Banyak lokasi-lokasi ditutup ketika Pandemik ini. |
.
Sekolah Antarabangsa di sini juga lama ditutup. |
Comments
Post a Comment