Bera Waterfront, Bera, Pahang
Papan Tanda hiasan I Love Bera |
Terletak di tepi jalan antara Bandar Bera ke Temerloh dan tidak jauh dari Mengkarak. Lokasi ini menawarkan pemandangan indah berlatarkan aliran Sungai Pahang.
Walaupun lokasi ini bukanlah Kawasan Rekriasi yang lengkap dan besar, ia masih menjadi lokasi persinggahan orang ramai untuk menikmati angin sungai.
Namun tiada kemudahan asas disediakan di sini kecuali tempat Parking kenderaan, Pondok Rehat dan Jeti. Hanya terdapat beberapa Gerai Makan yang menjual Goreng Pisang dan Air Bancuh. Bermaksud, anda hanya akan singgah di sini sekejap sahaja untuk berehat sambil menikmati pemandangan.
Mungkin pada masa akan datang, kawasan ini akan dibangunkan. Antara aktiviti yang seronok boleh dilakukan di sini seperti River Cruise dan memanjat menara tinjau. Mungkin juga boleh dibina restoran makanan laut di sekitar jeti ini. Ini adalah cadangan sahaja pada masa akan datang.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Bera Waterfront hanya terletak di tepi jalan besar Bera - Temerloh. |
.
Pandangan Jeti dan Pondok Rehat dari Sungai |
Aliran air sungai ini akan menuju ke Kuala Bera dan seterusnya ke Pekan. |
Sungai ini mengalir dari bandar Temerloh dan jalan raya di bawah menuju ke Temerloh. |
Maklumat Lain
-Walaupun lokasi ini sekadar persinggahan sebentar, ianya berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan sungai yang lebih menarik.
-Bera Waterfront berada lebih dekat dengan pekan Bera berbanding Temerloh.
Comments
Post a Comment