Stesen Keretapi Klasik Seremban, Negeri Sembilan.

Stesen KTMB Seremban yang terletak di kawasan bandar berdekatan dengan Pejabat Pos dan Seremban Parade masih menggunakan bangunan lama sejak tahun 1910 yang lalu. 

Walaupun banyak stesen-stesen keretapi lama yang dirobohkan dan dinaiktaraf, stesen ini menjadi satu-satunya stesen di Negeri Sembilan yang masih menggunakan binaan asal. Memang stesen keretapi Port Dickson masih lagi wujud, tetapi ia tidak digunakan untuk keretapi lagi. Begitu juga dengan Stesen KTM Lama Gemas.

Untuk rekod, laluan Seremban ke Port Dickson merupakan antara laluan terawal yang pernah dibina di Malaya pada zaman penjajahan British.

Stesen Keretapi Seremban disenaraikan dalam Akta Warisan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Semestinya stesen ini masih mengekalkan ciri-ciri senibina Inggeris.

Kini, Stesen Keretapi Seremban hanya dilalui oleh Tren Elektrik (penumpang) sahaja sejak tahun  2016. Perkhidmatan KTM Komuter & ETS terdapat di sini dan tiada lagi Ekspress berkuasa Diesel seperti Ekspress Wau dan Ekspress Rakyat.

Maklumat lanjut akan menyusul.


Lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

Stesen Keretapi Klasik Seremban.
.


Pandangan hadapan stesen klasik ini.
.

 

.


.


Pendaftaran sebagai Warisan oleh Kementerian Pelancongan.
.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang