Kawasan R&R Sungai Perak (Lebuhraya PLUS), Kuala Kangsar, Perak


R&R Sungai Perak (Utara & Selatan) dari Udara.


Terletak dalam mukim Kuala Kangsar, Perak. Iaitu dalam laluan Lebuhraya PLUS antara Ipoh ke Kuala Kangsar.

Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak merupakan kawasan rehat yang agak kecil dan padat. Kawasan rehat arah Utara dan Selatan hanya terletak bersebelahan sahaja dan anda boleh mengakses kedua-dua belah R&R melalui laluan/jalan bawah jambatan. Tetapi hanya pejalan kaki sahaja kerana jalan raya penghubung ditutup.

Mengapakah R&R ini agak istimewa? Ia merupakan salah satu kawasan R&R PLUS yang terletak di tepi Sungai Perak dan terdapat Jeti yang boleh anda akses. Bermaksud, R&R ini juga boleh disinggah oleh sesiapa yang menaiki bot menyusuri Sungai Perak.

Selain itu, R&R Sungai Perak juga terdapat menara tinjau yang boleh anda daki pada waktu tertentu (waktu siang sahaja sejak PKP dilaksanakan). Dari menara ini anda boleh lihat pemandangan indah Jambatan Sungai Perak, Jeti dan aliran air sungai.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

Jambatan panjang (Lebuhraya PLUS) melintasi Sungai Perak.
.


Kelihatan di sana Menara Tinjau di R&R Sungai Perak dan Laluan Pejalan Kaki.
.


.


Jeti Sungai Perak dan terdapat bot di bawah.
.


Laluan Pejalan Kaki untuk ke Jeti Sungai Perak dan ke arah sebelah sana (Seberang jalan).
.

Maklumat Lain

-Kemudahan yang terdapat di R&R Sungai Perak adalah hampir sama seperti R&R PLUS yang lain kecuali ianya padat dan agak kecil. Kedai Makan, ATM, Kiosk Tambah Nilai, Tandas, Pondok Rehat dan lain-lain memang tersedia. Cuma ruang Parking Kenderaan mungkin agak terhad pada waktu puncak.

-Hanya terdapat sebuah Stesen Minyak Petronas di kedua-dua R&R arah Utara dan Selatan.

-Jika anda jarang melalui laluan ini, ada parkara yang perlu anda tahu iaitu terdapat Terowong Menora yang terletak berdekatan. Jika anda dari Ipoh, anda akan mendaki bukit dan menempuh Terowong Menora sebelum berjumpa dengan R&R Sungai Perak. Sebaliknya jika anda dari Kuala Kangsar, anda akan melepasi R&R ini sebelum melalui Terowong Menora. 

Hal yang penting adalah kesesakan lalulintas yang akan berlaku sebelum anda melalui Terowong Menora kerana mendaki bukit dan hanya ada dua lorong sahaja di dalam terowong. Tetapi kesesakan biasanya berlaku pada waktu puncak seperti perayaan dan cuti sekolah.

Oleh itu, rancang perjalanan anda sebelum melalui Terowong Menora pada musim-musim puncak seperti perayaan dan cuti sekolah.


.

.


.

Kedua-dua belah R&R terdapat Menara Pandang yang boleh dipanjat
.

Jeti Menyusuri Sungai Perak & Bot
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang