Tempat-Tempat Menarik Di Pekan Kuala Perlis.
Kuala Perlis telah mengalami banyak perubahan (pembangunan) sejak 10 tahun yang lalu. Walaupun ia bukanlah menjadi tumpuan utama pelancong pada awalnya. Kini, pekan Kuala Perlis lebih moden dengan banyak lokasi yang perlu disinggah.
Apakah lokasi-lokasi menarik di pekan Kuala Perlis? Kebanyakan anda hanya memikirkan Kuala Perlis adalah lokasi terletaknya Jeti dan Feri ke Langkawi semata-mata.
Ada beberapa lokasi yang boleh anda lawati jika berkunjung ke sini selain daripada Jeti ke Langkawi. Terutamanya jika tiket Feri kehabisan ke Langkawi. Sila lihat senarai di bawah:
-Masjid Terapung Kuala Perlis. *Ditutup ketika PKP kecuali bawa sejadah atau sembahyang di luar. Sebelum ini, anda boleh singgah di sini untuk lawatan atau sembahyang.
-Dataran Pemandangan (Lookout Point) di sebelah Masjid. Terdapat satu lagi Menara Pandang. Ini adalah lokasi untuk anda mengambil gambar dengan latar belakang pemandangan yang indah.
-Medan Ikan Bakar dan Makanan Laut Kuala Perlis. Nak menikmati makanan laut yang sedap pada harga berpatutan? Singgah lah di sini iaitu lokasinya tidak jauh dari Masjid Terapung tadi.
-Hotel Brasmana Putra. Boleh menginap di hotel 3-bintang ini dengan kemudahan Taman Air Mini.
-Kompleks Makanan Laut (KOMALAUT), Kuala Perlis. Jika anda mahukan makanan di restoran dengan suasana lebih premium, boleh singgah di sini.
-Dataran Kuala Perlis di sebelah Medan Ikan Bakar. Kawasan ini lebih hidup pada waktu awal malam. Banyak acara dijalankan dihiasi pemandangan indah dan santai. *Tapi Acara terhad di masa PKP ini.
-Restoran Terapung & Dewan Acara Kuala Perlis. *Ditutup kerana PKP setakat ini. Sebelum ini, lokasi ini meriah dengan acara/majlis perkahwinan, seminar dan lain-lain.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Keindahan pemandangan laut dari pekan Kuala Perlis. |
Kelihatan di sana Terminal Bas dan Kawasan Parking Kenderaan |
Kedua-duanya Feri ke Langkawi tetapi salah satu boleh membawa kenderaan. |
Feri ini menawarkan perkhidmatan mengangkut kenderaan dan penumpang. |
Hotel Brasmana Putra untuk penginapan 3 Bintang dan Taman Air Mini. |
Bawah sana adalah Medan Ikan Bakar & Makanan Laut. Kategori mampu makan. |
.
Dihadapan sana semestinya Jeti Terminal Feri ke Langkawi. |
.
Berdekatan dengan Masjid juga terdapat dua Lokasi Pemandangan (Menara dan Dataran) |
Masjid Terapung Kuala Perlis juga bagus untuk disinggah sebentar. |
Pemandangan Feri & Jeti Langkawi dari laut. |
Restoran Terapung & Dewan Acara. Ditutup kerana PKP. |
Kawasan parking di sana selalunya cepat penuh kerana kawasan hotspot. |
Comments
Post a Comment