Jeti Kuala Tembeling (Laluan Sungai Ke Taman Negara), Jerantut, Pahang

 

Di Kuala Tembeling inilah, dua sungai besar di Pahang bertemu iaitu Sungai Jelai dan Sungai Tembeling. Pertemuan ini seterusnya akan menukar nama sungai yang selepasnya kepada Sungai Pahang. Sungai Jelai mengalir dari Kuala Lipis sementara Sungai Tembeling mengalir dari Kuala Tahan (Taman Negara). Namun, punca utama sungai-sungai ini masih jauh lagi ke dalam. Sungai Pahang seterusnya akan mengalir menuju ke pekan Temerloh.

Jeti Kuala Tembeling merupakan laluan masuk klasik ke Taman Negara Kuala Tahan. Berdasarkan kepada maklumat di Papan Tanda, Jeti ini digunakan sebagai laluan masuk ke Taman Negara bermula sejak akhir tahun 1960an lagi. Sebelum itu, laluan masuk adalah dari Kuala Lipis yang lebih jauh perjalanannya kerana perlu melalui Sungai Jelai.

Namun, apabila jalan raya ke Kampung Kuala Tahan dibina dan ditambahbaik secara berperingkat selepas tahun 2000, laluan sungai semakin suram. Ramai pelancong akan memilih laluan jalan raya dari pekan Jerantut ke Kampung Kuala Tahan. Menjelang tahun 2014, laluan ke Kuala Tahan lebih selesa dengan pembinaan jalan pintas tanpa perlu melalui jalan kampong.

Walaupun lokasi ini tidak sehebat dahulu, namun masih ramai pelancong yang ingin mencuba menaiki bot ke Taman Negara atau ada yang ingin meronda-ronda dengan bot merentasi sungai Pahang. Kemudahan yang terdapat di sini masih seperti dahulu walaupun kelihatan agak usang kerana sudah lama.

Kemudahan Parking Kenderaan , Pejabat Pelancong & Maklumat, Balai Pelancong, Tandas, Kedai-Kedai, Jeti, Bot, Pondok Rehat dan lain-lain masih tersedia. Silakan masuk ke Pejabat/Medan Pelancong untuk membeli Permit ke Taman Negara atau untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti dan lokasi-lokasi menarik di sekitar Jerantut mahupun Taman Negara. Ketika kunjungan, Balai Pelancong ditutup maka lawatan tidak dapat dilakukan.

Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini mungkin tidak banyak kerana ini bukanlah Kawasan Rekriasi atau Eko Pelancongan. Anda masih boleh mangambil gambar dan bersiar-siar melawat kawasan. Selain melawat Medan Pelancong untuk mendapatkan maklumat, anda boleh singgah ke Jeti dan Sungai untuk menikmati pemandangan indah Sungai Pahang. Terdapat juga beberapa pengunjung yang berkhelah disekitar Jeti tetapi tidak pasti adakah lokasi tersebut benar-benar boleh berkhelah.

Mungkin anda boleh memancing di sekitar kawasan sungai atau boleh menyewa bot untuk meronda-ronda ke Sungai Pahang sebagai aktiviti tambahan di sini. Makanan tradisi di sini juga kelihatan menyelerakan.

Apa yang lebih merisaukan sekarang ada wabak Pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan lokasi ini mati sejak tahun 2020. Kemudahan dan Peralatan yang terdapat di sini akan usang dan rosak jika terlalu lama tidak digunakan.

Berdekatan dengan lokasi ini juga iaitu selepas simpang Jalan Besar, terdapat deretan kedai-kedai seperti Restoran, Bengkel, Kedai Runcit, Kedai Cenderahati dan lain-lain. Mungkin tidak semeriah dahulu, namun kedai-kedai ini ada yang masih dibuka untuk penduduk dan pengunjung. Anda boleh singgah di sini jika mahu makanan sedap di Restoran Cikgu Rahila yang terletak di simpang jalan masuk.

Dikhabarkan, berdekatan dengan lokasi ini terdapat banyak peristiwa bersejarah. Lokasi Kuala Tembeling ini juga sudah dijadikan sebagai Hub pengangkutan sungai sejak dahulu lagi sebelum jalan raya dibina. Sungai Jelai akan menjadi laluan ke Negeri Perak dan Kelantan manakala Sungai Tembeling untuk ke Terengganu. Selain itu, sejarah penentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan British juga dicatatkan di sini iaitu di Jeram Cangkung, Pasar Tambang dan Jeram Ampai. Nama-nama seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Awang Nong antara yang terlibat dalam penentangan tersebut pada era 1890an. Maklumat lanjut sejarah penentangan ini boleh la dirujuk di muzium yang lain.

 

Maklumat-Maklumat Lain

-Stesen minyak terdekat di pekan Jerantut.

-Tiada kawasan menarik terdekat pada jarak kurang dari 5 KM. Lokasi-lokasi seperti Taman Negara, Gua Kota Gelanggi, Hutan Lipur Lata Meraung dan Lata Berembun terletak lebih 20 KM jauhnya dari sini. Lokasi bersejarah seperti Makam Pawang Non dan Mat Kilau juga masih jauh melebihi 25 KM.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

.


.


.

.

 

.

 

.


.



.

 

.



.

.


.



.


.

 

.


.


.

 

Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3