Posts

Showing posts from August, 2021

Hutan Lipur Ulu Licin (Air Terjun Beruas), Beruas, Perak

Image
  Pintu masuk selepas anda menempuh perjalanan di jalan sempit Hutan Lipur Ulu Licin terletak di Beruas, Perak. Beruas adalah satu Mukim kecil yang terletak tidak jauh dari Manong, Pantai Remis dan Parit. Terletak lebih kurang 70 KM dari bandar Ipoh, lokasi ini agak terpencil juga.  Dikenali juga dengan nama Air Terjun Beruas kerana ianya satu-satunya yang terletak di kawasan ini. Lokasi air terjun ini agak ke dalam juga dimana anda perlu melalui kawasan taman-taman perumahan sebelum menerus perjalanana di laluan sempit untuk memasuki hutan. Jarak Hutan Lipur ini dari Jalan Besar adalah sekitar 7 KM. Apakah yang menarik di sini? Seperti juga Hutan Lipur di tempat lain, Air Terjun Beruas dikatakan mempunyai saiz Air Terjun yang sederhana dan air yang deras juga. Air ini mengalir dari puncak Gunung Bubu yang terletak agak jauh juga dari lokasi ini. Semestinya air yang segar, sejuk dan deras agak menarik untuk bermandi manda. Kemudahan asas yang lengkap disediakan di sini walaupun agak t

Kolam Ikan Alang Salleh, Rantau, Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Image
Suasana santai di Kolam Ikan Alang Saleh. Kolam Ikan tradisional Alang Saleh terletak di Kampung Ulu Lalang, Jalan Sungai Gadut - Rantau, iaitu tidak jauh dari pekan Rantau, Negeri Sembilan. Lokasi kolam ini terletak di tepi jalan utama sahaja dan agak mudah untuk diakses. Namun begitu, sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020, pengoperasian di kolam ikan ini sangat terganggu dan acara-acara besar sudah tidak diadakan. Tidak dapat dipastikan adakah kolam ini masih dibuka kepada orang ramai pada tahun 2021. Terkenal dengan harga yang murah, hanya RM10 dikenakan untuk pengunjung memancing di kolam ini. Cas murah ini menyebabkan ramai yang datang ke sini kerana Bajet senang dirancang dan tiada risiko kalau tak dapat ikan. Pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2019 dan ke bawah, Kolam Ikan ini begitu meriah sehingga sesak sampai tidak cukup Parking Kenderaan. Keadaan ini berlaku apabila acara-acara besar seperti pertandingan diadakan. Lawatan pada Julai 2021 yang lalu mendapati kawasan mem